• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Notis Peniaga Jual Barang Basah Mahal – KPDNKK

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan mengeluarkan notis kepada 20 peniaga di Pasar Besar Seremban dan Pasar Ampangan, semalam kerana menjual barang basah pada harga tinggi.

Ia susulan pemeriksaan dilakukan 28 pegawai dan anggota penguat kuasa mendapati barang basah terutama ayam dan daging lembu dijual pada harga tinggi Ramadan ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK negeri, Zubir Hamsa berkata, 13 notis dikeluarkan kepada peniaga di Pasar Besar Seremban manakala tujuh notis kepada peniaga di Pasar Ampangan.

“Daripada jumlah itu, 14 notis diberikan kepada peniaga ayam dan masing-masing tiga peniaga daging serta kambing.

“Pemeriksaan mendapati ayam sebelum ini dijual pada harga antara RM7.50 hingga RM8.20 tetapi mencecah RM9.20 minggu ini.

“Kebanyakan peniaga memberi alasan kenaikan harga disebabkan pemborong atau peladang dan kita memberi tempoh lima hari untuk mereka menyerahkan dokumen bagi siasatan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan di Pasar Besar Seremban di sini, semalam.

Katanya, peniaga yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

Beliau berkata, pemantauan dilakukan pihaknya mengesan terdapat 51 barangan basah mengalami kenaikan harga dan 41 barang mengalami penurunan manakala barangan kering pula terdapat 36 barang mengalami kenaikan harga dan 65 barang menurun.

Zubir meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kenaikan harga barang dan membuat aduan boleh terus ke pejabat KPDNKK negeri atau menghubungi talian bebas tol 03-88826088/6245 atau menggunakan aplikasi telefon pintar Ez ADU. – myMetro Online

Tags: Harga BarangKPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

Akmal Saleh Persoal Kenaikan Gaji Minimum Tidak Menyeluruh, Bimbang Harga Barang Naik: ‘Siapa Sebenarnya Yang Akan Bayar?’

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan cadangan kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd