Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Salah Faham, Tak Mahir...

KUANTAN - Salah faham dan tidak mahir prosedur dan undang-undang menjadi punca kepada...

Jenazah Rayan Dikebumikan Hari...

RABAT – Maghribi semalam melakukan persiapan untuk mengebumikan ‘Rayan kecil’ iaitu budak lelaki...

Kekalkan Keharmonian Antara Kaum...

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengajak seluruh rakyat...

Tok Mat Tak Akan...

REMBAU : Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, menyifatkan semua...

Noh Ingatkan Ejen SPR Jangan Salah Guna Kuasa

KUALA SELANGOR – Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mengingatkan ejen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Selangor supaya lebih beretika dan tidak menyalahgunakan kuasa ketika menjalankan tugas sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke-14 berlangsung.

Beliau berkata sebagai ejen SPR tidak bermakna mereka bebas melakukan apa sahaja termasuk turut berpolitik.

“Malam tadi ketika saya berucap dalam satu majlis yang dianjurkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah kawasan perumahan di Kajang, saya diminta untuk berhenti berucap kerana didakwa tidak mengikut peraturan sebelum diarahkan menunjukkan permit ceramah kepada ejen tersebut.

“Tidak cukup dengan itu, ejen terbabit turut meminta permit hiburan susulan kami menayangkan skrin ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor itu kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Kuala Selangor di sini, hari ini. Turut hadir, calon BN kawasan Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Noh berkata tindakan ejen tersebut dilihat sengaja menimbulkan provokasi kerana beliau hadir ke majlis tersebut atas kapasiti menteri KPKT.

“Saya hadir ke majlis itu kerana kementerian saya sebelum ini telah meluluskan peruntukan berjumlah RM1.2 juta untuk membaik pulih lif di kawasan perumahan tersebut.

“…dan kenapa pula saya perlu menunjukkan permit ceramah sedangkan ia tidak terpakai ketika kempen pilihan raya umum,” katanya.


Menurut Noh, sikap tidak profesional ejen SPR itu akhirnya memalukan diri apabila dihalau penduduk setempat kerana memasuki kawasan perumahan berpagar tanpa kebenaran.

“Ejen SPR ini yang juga kakitangan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) kalau mahu berpolitik dengan berpaksikan kerajaan negeri, baik berhenti menjadi ejen.

“Pikul lah amanah dengan betul, jangan cuba nak tunjuk kuasa,” katanya. – BERNAMA

Kategori