• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek Dan Cucu Rentung Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang nenek dan cucunya dijumpai rentung, manakala seorang lagi anggota keluarga mereka cedera dalam kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah di Kampung Baru Cina Repas, Bentong awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Mohd Sani Harun berkata mangsa Lay Sam Kiw, 78, dan cucu lelakinya yang juga merupakan orang kurang upaya, Chong Way Leong, 23, ditemui mati terperangkap di dalam rumah mereka.

Seorang lagi anggota keluarga mereka yang cedera ialah Chong Tien Sang, 50.

“Bomba mendapat panggilan kecemasan pada 1.22 pagi dan telah menghantar tiga jentera serta 25 anggota bomba ke lokasi kejadian. Sebaik tiba didapati didapati keadaan rumah yang terlibat terlalu rapat menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat.

“Ia menyebabkan empat buah rumah musnah 100 peratus, sebuah musnah kira-kira 20 peratus dan empat lagi musnah kira-kira lima peratus,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihak bomba dapat mengawal kebakaran kira-kira 2.30 pagi dan menamatkan operasi pada 4 pagi.

Katanya mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Bentong, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: kebakaranrentung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

6 Rumah Kedai Musnah Dalam Kebakaran

22/01/2026
0

Jitra: Enam rumah kedai di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam di sini musnah dalam kebakaran, hari ini. Komander Operasi...

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

44 Maut Dalam Kebakaran Tujuh Blok Pangsapuri Di Hong Kong

27/11/2025
0

HONG KONG - Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR), John Lee pada awal Khamis berkata kebakaran di Wang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd