• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Najib Ke Luar Negara’: Media Kumpul Di Subang Skypark

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Wartawan media tempatan dan antarabangsa dilaporkan berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor sejak awal pagi.

Ia susulan desas-desus kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor akan meninggalkan negara untuk pergi ke Jakarta, Indonesia.

Gambar sesuatu yang menyerupai manifes penerbangan dengan menyenaraikan nama Najib dan Rosmah sebagai antara penumpang pesawat, tersebar tular sejak semalam menerusi media sosial.

Ia didakwa menunjukkan waktu ketibaan 6 pagi sebuah pesawat di lapangan terbang yang juga dikenali sebagai Subang Skypark itu serta waktu berlepas empat jam kemudian ke Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma.

Dalam catatan akaun Twitter beliau, Najib yang merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau cuma akan mengambil cuti pendek untuk meluangkan masa dengan keluarganya.

“Selepas empat dekad dalam politik dan juga kempen pilihan raya baru-baru ini yang malangnya bersifat peribadi serta barangkali paling sengit dalam sejarah Malaysia, saya akan bercuti rehat sekejap.

“Ini juga untuk meluangkan masa dengan keluarga saya yang agak kurang didamping dalam tahun-tahun kebelakangan ini,” kata Najib dalam laman sosial tersebut.

Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei menyaksikan kerajaan BN pimpinan Najib yang memerintah Malaysia selama enam dekad ditumbangkan oleh apa yang disifatkan sebagai ‘tsunami rakyat’.

Pada Khamis, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 92 mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ketujuh negara, pelantikan kali kedua beliau sebagai ketua kerajaan.

Beliau yang juga dianggap ketua kerajaan paling tua di dunia itu merupakan penyandang perdana menteri yang keempat dari 1981 hingga 2003. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aminuddin Angkat Sumpah MB Negeri Sembilan Kelapan

Next Post

Najib Akur Dilarang Imigresen Ke Luar Negara

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Najib Akur Dilarang Imigresen Ke Luar Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd