• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes SRC: Najib Beri Keterangan Kali Kedua

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada pukul 9.45 pagi tadi.

Beliau hadir bagi memberi keterangan untuk kali kedua berhubung siasatan kes SRC International Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Terdahulu, Najib tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih dengan nombor pendaftaran QMN 11.

Najib dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan kot berwarna hitam serta berseluar kelabu.

Bekas perdana menteri itu turut diiringi dua kenderaan lain serta dua anggota polis pengiring.

Tinjauan di lobi pekarangan Ibu Pejabat SPRM mendapati lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi berita tempatan dan asing mula berkumpul sejak jam 7 pagi bagi mengikuti perkembangan siasatan kes itu.

Kelmarin, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa hampir lima jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International. – BH ONLINE

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd