• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

N.Sembilan Tetap Kadar Zakat Fitrah RM6.50 Seorang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) menetapkan kadar zakat fitrah bagi negeri itu pada RM6.50 seorang yang boleh dibayar kepada 1,200 amil yang dilantik oleh PZNS di masjid dan surau dalam kariah masing-masing.

Pengurus Besarnya Nor Azmi Musa berkata PZNS juga akan membuka kaunter zakat di seluruh negeri, tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang bulan Ramadan ini.

Waktu urusan kaunter PZNS pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang Ramadan ini ialah dari 9 pagi hingga 4 petang manakala waktu urusan bagi hari kerja biasa ialah 8.30 pagi hingga 4.45 petang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayar zakat juga boleh melakukan pembayaran di pasar raya terpilih di sekitar Seremban pada setiap Sabtu dan Ahad dari 10 pagi hingga 5 petang pada sepanjang bulan Ramadan ini.

“Selain menunaikan zakat harta di kaunter PZNS, umat Islam di negeri ini juga ‎boleh menunaikan zakat harta melalui di kaunter Pos Malaysia, ejen-ejen ‎bank PZNS seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, CIMB dan Bank ‎Simpanan Nasional (BNS). Pembayaran zakat harta juga boleh dilaksanakan melalui Internet ‎dengan melayari www.zakatns2u.com.biz dan dapatkan maklumat zakat terkini di ‎Facebook zakats.‎

“Bagi umat Islam yang mempunyai kad ATM atau Bankcard, pembayaran zakat harta ‎juga boleh dilakukan dengan hanya membawa kad ATM di semua kaunter ‎PZNS tanpa perlu membawa wang tunai. Pembayar juga boleh menggunakan kad ‎kredit Perbankan Islam. Ini bagi membolehkan umat Islam menunaikan zakat harta ‎dengan lebih selamat, cepat dan mudah,” katanya.

Nor Azmi berkata sepanjang Ramadan ini PZNS akan menganjurkan Kuiz Zakat Facebook dan Kempen Tunai Zakat Online menerusi Facebook PZNS bertujuan menggalakkan pembayar zakat mengenai cara baharu potongan zakat dalam talian selain menarik lebih ramai pengguna media sosial mengikuti Facebook PZNS.

“PZNS juga mengingatkan orang ramai agar menunaikan zakat harta dan fitrah ‎kepada amil-amil dilantik yang memiliki kad tauliah serta berhati-hati dengan ‎individu yang menyamar mengaku sebagai amil PZNS,” katanya. – BERNAMA ‎

*Video sekadar hiasan…

Tags: Negeri SembilanZakat Fitrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api  – Zahid

Fahami Adat Dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, Bukan Bercakap Dalam Kereta Api – Zahid

26/09/2026
0

MELAKA - Jangan terburu-buru melabel mana-mana pihak sebagai derhaka atau biadab sebelum memahami kedudukan dan tanggungjawab setiap institusi yang terlibat...

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Adakan Kunjungan Hormat Kepada MB Negeri Sembilan

26/09/2026
0

Oleh Mynewshub SEREMBAN – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd