• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Muslim Spiderman’ Panjat Bangunan Selamat Budak

oleh
28/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Seorang Muslim diangkat sebagai hero Paris dengan jolokan ‘Muslim Spiderman’ apabila bertindak berani memanjat bangunan setinggi empat tingkat untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak Sabtu lalu.

Menurut Alarabiya, Mamoudou Gassama bertindak memanjat bangunan tanpa memikirkan risiko atau keselamatan dirinya apabila dia menyedari seorang kanak-kanak empat tahun sedang berpaut di balkoni perumahan di Perancis.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 8 malam waktu tempatan memaparkan pemuda dari Mali itu memanjat satu tingkat hingga ke satu tingkat sebelum mencapai tangan kanak-kanak itu sekali gus berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak terbabit dari bahaya.

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan sempat merakam aksi menakjubkan itu dan bertepuk tangan selepas kanak-kanak terbabit berjaya diselamatkan.

Sebaik sahaja anggota bomba tiba di tempat kejadian, kanak-kanak tersebut telah berjaya diselamatkan.

“Mujur ada seseorang yang benar-benar cergas dan memiliki keberanian luar biasa untuk memanjat serta menyelamatkan kanak-kanak berkenaan,” kata jurucakap bomba.

Sementara itu, Datuk Bandar Paris Anne Hidalgo memberi pujian menerusi laman sosial Twitter kepada Mamoudou Gassama.

Un grand bravo à Mamoudou Gassama pour son acte de bravoure qui a permis de sauver hier soir la vie d’un enfant. J’ai eu plaisir à m’entretenir avec lui aujourd’hui par téléphone, afin de le remercier chaleureusement. https://t.co/DP5vQ1VZYh

— Anne Hidalgo (@Anne_Hidalgo) May 27, 2018

“Tahniah kepada Mamoudou Gassama atas keberaniannya yang menyelamatkan nyawa anak itu. Saya dengan senang hati bercakap dengannya hari ini melalui telefon untuk mengucapkan terima kasih kepadanya.” kata Datuk Bandar Paris tersebut menerusi Twitter.

Tambah Hidalgo lagi, lelaki tersebut baru sahaja tiba di Paris itu beberapa bulan lalu dan ingin memulakan kehidupannya di sini.

“Dia menjelaskan kepada saya bahawa dia tiba dari Mali beberapa bulan yang lalu berkeinginan membina hidupnya di sini.

“Tindakannya sebagai wira itu adalah satu contoh untuk semua warganegara di sini dan bahawa bandar Paris sangat mengalu-alukan kedatangannya untuk menetap di Perancis,” ujarnya lagi.

Media Perancis melaporkan, bapa kepada kanak-kanak tersebut telah ditahan polis akibat meninggalkan anaknya seorang diri dalam rumah ketika dia keluar membeli makanan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: kanak-kanakMuslim SpidermanParis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd