• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamed Apandi Mulakan Cuti Tanpa Rekod 30 Hari

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini memulakan cuti tanpa rekod selama 30 hari.

“Saya kini bercuti tanpa rekod selama 30 hari. Justeru, saya tidak akan hadir ke pejabat hari ini,” kata Mohamed Apandi dalam pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada warga media sambil pada masa sama menegaskan beliau masih Peguam Negara yang berkhidmat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata Mohamed Apandi telah diminta bercuti dan tugas beliau akan digalas oleh Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, berkuat kuasa serta-merta.

Warga media berkumpul di perkarangan Pejabat Peguam Negara di Presint 4 di sini sejak 8 pagi tadi untuk melihat kelibat Mohamed Apandi hadir bertugas.

“Jangan buang masa berharga anda di Pejabat Peguam Negara. Sampaikan salam saya kepada semua rakan-rakan media di luar sana. Akan temui semua pada acara lain. Insya-Allah. Terima kasih semua,” kata Mohamed Apandi yang mengetahui akan kehadiran anggota media di bangunan itu.

Mohamed Apandi hadir ke pejabat seperti biasa semalam walaupun Dr. Mahathir pada sidang media Sabtu lepas berkata: “Pada masa ini negara tidak mempunyai Peguam Negara.” – BERNAMA

Tags: Apandi Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun M Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap Apandi

Tun M Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap Apandi

26/10/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang siasatan atau tindakan diambil...

Apandi Ali Saman Kit Siang RM10 Juta

15/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali memfailkan saman fitnah terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd