• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamed Apandi Ali Masih Bertugas Hari Ini

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali masih bertugas seperti biasa di Jabatan Peguam Negara di sini, hari ini.

Beliau memasuki pejabatnya kira-kira 8.30 pagi tadi dan kenderaan yang membawanya dilihat meninggalkan Jabatan Peguam Negara pada 5.25 petang.

Mohamed Apandi, yang berpakaian sut hitam dan bertali leher, kelihatan duduk dalam kenderaan jenis Proton Perdana itu yang beredar keluar dari tempat parkir bawah tanah.

Pengamal media yang berkumpul di Jabatan Peguam Negara sejak 8 pagi bagaimana gagal mendapat kenyataan daripada beliau berhubung kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Sabtu lepas bahawa Malaysia tidak mempunyai peguam negara buat masa ini.

Dr. Mahathir dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini berkata Mohamad Apandi akan bercuti dan tempatnya digantikan oleh Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri berkata Mohamed Apandi diberikan cuti berikutan beberapa aduan tentangnya walaupun belum ada sebarang laporan rasmi dibuat berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. — BERNAMA

Tags: Apandi Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun M Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap Apandi

Tun M Persoal Mengapa Tiada Tindakan Terhadap Apandi

26/10/2022
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada sebarang siasatan atau tindakan diambil...

Apandi Ali Saman Kit Siang RM10 Juta

15/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali memfailkan saman fitnah terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd