• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Peragaan Penaja Ganti Gadis Litar F1

oleh AK-47
24/05/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERLUMBAAN Formula Satu yang tidak lagi menggunakan gadis litar sebagai penyeri di sisi pelumba sejak awal musim ini digantikan oleh kehadiran model peragaan penaja pada saingan di Grand Prix Monaco, minggu ini.

Perlumbaan GP Monaco Ahad ini akan menyaksikan model lelaki dan wanita yang mewakili jam tangan jenama Tag Heuer bakal dibariskan di sisi 20 pemandu seperti peranan yang pernah dilakukan oleh gadis litar sejak sekian lama.

Selain memegang nombor kereta setiap pelumba, kehadiran mereka bakal menceriakan lagi suasana di litar itu dengan membawa iPads untuk merakam gambar dan terus dimuat naik ke laman sosial selain berinteraksi secara langsung dengan penonton.

Penganjur juga bakal menampilkan ‘Kanak-Kanak Grid’ yang juga dikenali sebagai bintang masa depan bersama dengan kumpulan model peragaan jenama jam berkenaan.

Seorang jurucakap penganjur juga mengesahkan pihaknya tidak akan menggunakan semula gadis litar seperti dipersetujui oleh pemegang hak cipta perlumbaan berkenaan, kata Liberty Media.

Menurutnya, lima perlumbaan yang sudah berlangsung menggunakan model peragaan jenama berkenaan termasuk deretan pramugari syarikat penerbangan Gulf Air dan Emirates di GP Bahrain dan GP Sepanyol tempoh hari.

“Kehadiran mereka tidak sama dengan peranan ‘gadis litar’. Model jelita ini bukan lagi sebahagian daripada sukan Formula Satu ini,” katanya.

Perubahan yang dilakukan itu turut mendapat reaksi kalangan pelumba yang bertanyakan soalan pada sidang media sama ada benar gadis litar di GP Monaco akan dikembalikan seperti sedia kala.

“Anda tidak akan nampak sebarang perubahan. Apabila mereka tiada lagi, saya fikir ia lebih elok kerana tidak sesuai untuk wanita abad ke-21 ini hanya diberi peranan memegang nombor pelumba,” kata pelumba Perancis, Romain Grosjean.

Pelumba Mercedes yang juga juara dunia, Lewis Hamilton berkata: “Pada setiap perlumbaan mereka akan berdiri di depan kereta dan pada perlumbaan terdahulu, ia kadang kala menimbulkan pelbagai perasaan.

“Saya fikir Monaco adalah Grand Prix yang sangat mewah dan saya tidak tahu apa perasaan kaum wanita mengenainya.

“Di litar Monaco ini dulunya pasti akan ada deretan gadis jelita di atas trek dan ia satu perkara yang sangat menarik, tetapi saya fikir tidak perlu lagi kita meneruskannya ataupun terus memaksa mereka tampil dalam keadaan tidak selesa di litar.”

Februari lalu, Pengarah Urusan Komersil Formula Satu, Sean Bratches ketika mengumumkan ketiadaan ‘gadis litar’ mulai musim ini berkata bahawa amalan itu ‘kelihatan aneh dengan norma kehidupan wanita moden zaman ini’. – Reuters

Tags: Grand Prix Formula Satu (F1)model
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Kualiti Diri Tidak Terletak Pada Jenama Barang”

Next Post

Logo 1Malaysia Di UTC Pahang Diturunkan

Related Posts

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

‘Saya Terpaksa Jadi Model… Akhirnya Dapat RM1 Juta’ – Syed Saddiq

18/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui terpaksa menjadi model baju raya sebuah jenama fesyen bagi...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

Next Post

Logo 1Malaysia Di UTC Pahang Diturunkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd