• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minat Ibu Dorong Anak Usahakan Madu Kelulut

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Bermula daripada minat ibunya yang gemar memakan madu, Mohd Hurmadi Maamor, anak peneroka Felda Jengka 11, mula menceburi bidang keusahawanan madu kelulut.

Anak muda berusia 27 tahun itu berkata memandangkan harga madu yang agak mahal, beliau mula mengambil inisiatif belajar dengan seorang pengusaha madu di Jerantut dan membeli empat sarang madu kelulut daripada pengusaha itu.

“Emak saya memang suka makan madu, saya nak belikan untuk mak, harga madu ini mahal, jadi saya belajar dengan seorang pengusaha madu…kemudian saya mula membela lebah kelulut di depan rumah saya sendiri,” katanya kepada Bernama.

Kini, beliau mampu menjual sekitar 200 botol madu setiap bulan dan mula melebarkan perniagaannya kepada produk sabun berasaskan madu kelulut yang diusahakannya seorang diri di rumahnya selain turut berjinak dengan penanaman pokok tin di tanah terbiar di belakang rumahnya.

Mohd Hurmadi adalah antara kisah generasi muda Felda yang gigih berusaha meningkatkan lagi taraf hidup mereka, selepas generasi pertama mendapat peluang menyertai Felda dalam usaha membantu orang Melayu miskin mentransformasikan kehidupan mereka.

Beliau yang baru berkahwin berkata banyak ilmu penjagaan madu kelulut, pembuatan sabun madu kelulut dan penjagaan pokok tin diperoleh daripada kawan-kawan dan Internet.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata beliau dari awal memang tidak berniat meninggalkan Felda dan tidak langsung memikirkan masalah pendapatan sekiranya beliau terus menetap di penempatan itu.

“Asalnya memang saya minat berkebun, orang cakap berbakti kepada tanah ini tak rugi. Tanah di Felda ini banyak. Jadi apalah salahnya kalau kita gunakannya kerana ia menjanjikan pelbagai peluang pendapatan kepada mereka yang bersungguh-sungguh ingin mengusahakannya,” katanya.

Beliau kini dalam proses memohon bantuan daripada pihak Felda untuk mendapatkan pembiayaan bagi memperluaskan perniagaannya di peringkat lebih tinggi.

“Kalau dapat pembiayaan ini baru saya boleh fikir untuk pasarkan produk, macam sabun ini, kena dapat kelulusan agensi-agensi tertentu, semuanya pakai duit, insya-Allah sekiranya dapat pembiayaan nanti, bolehlah juga saya fikir untuk buka kedai,” katanya.

Beliau yakin, Felda walaupun tanpa penerokaan tanah baharu, menyediakan pelbagai peluang pendapatan bagi generasi baharu yang tidak berniat berhijrah. – BERNAMA

Tags: Madu Kelulut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Tahfiz Ternak Kelulut, Ajar Pelajar Ilmu Keusahawanan

22/10/2018
0

KUBANG PASU - Pelajar Madrasah Tahfiz Taufiqillah di Kampung Lembah Arang, di sini bukan sahaja mampu menghafaz Al-Quran, malahan mahir...

Swasta Digalak Buka Makmal Proses Madu Kelulut

15/10/2017
0

KEMAMAN – Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd