Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Kaji Undang-Undang...

PUTRAJAYA - Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baharu untuk membendung...

Jangan Halang Penjenamaan Semula...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli akademik menyifatkan usaha penjenamaan semula syarikat penerbangan nasional...

Video: Detik Matador Popular...

SEORANG matador popular Sepanyol, Victor Barrio maut selepas dirodok lembu ketika membuat persembahan...

PPIM Nafi Disogok McDonald’s...

SANGKAL... Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan tuduhan konon mereka terima sogokan McDonald’s...

MBSA Beri Diskaun Kompaun 50% Sepanjang Ramadan

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedang melaksanakan kempen pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus sepanjang bulan Ramadan ini, bermula semalam sehingga 14 Jun ini.

Ketua Bahagian Korporat & Perhubungan Awamnya Shahrin Ahmad dalam satu kenyataan berkata kempen itu adalah inisiatif pihaknya untuk membantu serta menggalakkan orang ramai menyelesaikan tunggakan kompaun sebelum tindakan tegas dikenakan kepada mereka.

Jenis-jenis kompaun yang layak mendapat pengurangan sehingga 50 peratus adalah bagi kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005 dan Undang-undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005;

Undang-undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Iklan (MBSA) 2007, Undang-undang Kecil Penjaja (MBSA) 2007, dan Undang-undang Kecil Pasar (MBSA) 2007.

Selain itu, Shahrin berkata MBSA turut memberikan pengurangan kompaun kepada RM30 bagi kompaun di bawah Perintah Pengangkutan Jalan MBSA 2007.


Menurut Shahrin, sempena kempen ini juga orang ramai boleh memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 dalam bentuk Akaun Simpanan Bank Mualamat bagi lapan pemenang melalui cabutan bertuah, sekiranya menjelaskan pembayaran kompaun di kaunter Bank Muamalat atau melalui perbankan internet JomPAY. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MBSA

Kategori