• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Selangor Baharu Mungkin Diketahui Selepas Raya

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor yang baharu mungkin akan dilantik selepas sambutan Aidilfitri, bulan depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Pakatan Harapan (PH) Selangor akan mengadakan perbincangan mengenai calon menteri besar baharu minggu depan, sebelum nama tersebut dikemukakan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Apabila kita sudah bincang dan sudah ada keputusan, baru kita akan kemuka nama untuk perkenan Tuanku. Mungkin serahan nama akan dilakukan selepas Aidilfitri. Bila nama sudah diperkenan, majlis angkat sumpah jawatan akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor bersama warga Universiti Teknologi Mara di sini, hari ini.

Beliau berkata spekulasi mengatakan ada tiga nama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) disenarai pendek adalah tidak benar.

Ketika ditanya sama ada jawatan menteri besar akan kekal diberi kepada ADUN PKR, Mohamed Azmin berkata biarlah pihaknya mengadakan perbincangan terlebih dahulu.

Selangor bakal mendapat menteri besar baharu selepas Mohamed Azmin yang telah dilantik untuk penggal kedua sebelum ini menyertai Kerajaan Persekutuan sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata proses perbincangan dan membuat senarai pendek calon menteri besar baharu sudah pasti akan dibuat segera memandangkan tugas baharunya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi mempunyai tanggungjawab yang berat.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA2), beliau berkata kementeriannya akan menyediakan kertas jemaah menteri untuk dibentangkan kepada Kabinet kelak.

Katanya, ia adalah supaya Kabinet meneliti semula keputusan untuk memulakan operasi loji tersebut yang tertangguh semasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional sebelum ini.

“LRA2 sudah lama siap dan saya telah menghadiri taklimat mengenainya pagi tadi dan memutuskan untuk menyediakan kertas jemaah menteri supaya perkara ini diangkat semula bagi dipertimbangkan pada peringkat Kabinet nanti. Saya yakin Kerajaan Persekutuan PH akan membolehkan LRA2 dapat beroperasi dengan segera,” katanya.

Turut berangkat ke majlis berbuka puasa itu adalah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. – BERNAMA

Tags: MB Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Siasatan Insiden Putra Heights Dilakukan Dengan Bebas, Telus – MB Selangor

Siasatan Insiden Putra Heights Dilakukan Dengan Bebas, Telus – MB Selangor

03/07/2025
0

CYBERJAYA - Siasatan berhubung kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lepas dilakukan dengan penuh bebas...

‘Salur Maklumat Jika Ada Bukti Salah Laku Punca Kebakaran Putra Heights’ – MB Selangor

‘Salur Maklumat Jika Ada Bukti Salah Laku Punca Kebakaran Putra Heights’ – MB Selangor

02/04/2025
3

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, meminta orang ramai yang mempunyai bukti berhubung salah laku berkaitan insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd