• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mavcom Mulakan Siasatan Terhadap Dakwaan Fernandes

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sudah memulakan siasatan terhadap dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Seorang jurucakap Mavcom berkata badan yang mengawal selia penerbangan di Malaysia itu menganggap dakwaan dalam klip video berdurasi hampir lapan minit yang dimuat naik Fernandes di dalam laman Facebook rasminya hari ini, adalah tuduhan yang serius.

“Kami sudah memulakan satu siasatan serta merta terhadap dakwaan itu. Kami akan sentiasa memastikan orang ramai mendapat maklumat mengenai siasatan itu,” kata jurucakap suruhanjaya itu dalam satu kenyataan malam ini.

Dalam video berkenaan, Fernandes antaranya mendakwa AirAsia diberitahu oleh Mavcom supaya membatalkan kesemua 120 penerbangan tambahan yang disediakan pada harga yang berpatutan untuk rakyat balik mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Walaupun rakyat amat gembira, Fernandes mendakwa beliau dikenakan tekanan oleh kerajaan sebelum ini apabila ia menyedari syarikat penerbangan itu membawa begitu banyak pengundi. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Tony Fernandes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Bantu Pelajar Capai Impian Bawa Ibu Bapa Ke Tanah Suci

09/12/2018
0

KUALA NERUS - Rezeki tidak pernah salah alamat. Demikian yang terjadi ke atas seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)...

Tony Dipilih Sebagai Pengerusi PSM

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Pencapaian dan pengalaman tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes menjadi faktor beliau dipilih bagi mengisi kekosongan Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd