Friday, January 17, 2025

Creating liberating content

Memang Tiada Babi, Tapi...

WASPADA... Umat Islam dari Malaysia yang berkunjung ke Singapura dinasihatkan agar tidak membeli...

Adik Terkilan Gambar Kematian...

AWAL pagi hari ini, kita dikejutkan dengan penemuan mayat seorang pegawai polis dengan...

Feri Terkandas Di Korea...

SEOUL- Pengawal pantai Korea Selatan menyelamatkan semua 109 penumpang dan anggota kru sebuah...

Murid Sanggup Habiskan RM100...

SETIU – Bagi kebanyakan kanak-kanak, wang RM100 amat tinggi nilainya dan biasanya akan...

Mavcom Buat Laporan Polis Dakwaan Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata ia telah membuat laporan polis terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berhubung dakwaan mengenai pembatalan penerbangan dalam tempoh berlangsungnya pilihan raya umum yang baru berlalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mavcom menafikan dakwaan yang ia telah memberitahu AirAsia Berhad agar membatalkan kesemua 120 penerbangan tambahan yang dipohon oleh syarikat penerbangan itu semasa pilihan raya.

Katanya, Suruhanjaya itu sebenarnya telah meluluskan kesema 66 penerbangan tambahan yang dipohon oleh AirAsia pada 23 April.

“Suruhanjaya itu menganggap tuduhan Tan Sri Tony Fernandes bahawa Mavcom memberitahu AirAsia supaya membatalkan 120 penerbangan tambahan yang sepatutnya dapat membawa 26,000 penumpang selain penerbangan biasa adalah ‘tidak berasas dan berniat jahat,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menjelaskan Mavcom tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan lain mengurang atau membatalkan sebarang penerbangan yang memenuhi syarat-syarat kawal selia. – BERNAMA

Kategori