Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

eCCRIS Inisiatif BNM Beralih...

ALOR SETAR - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan sistem maklumat rujukan...

Muhyiddin, 4 Menteri Bakal...

DALAM kemelut politik yang melanda pentadbiran negara ketika ini, Perdana Menteri, Datuk Seri...

“Kami Bukan Keluarga Selebriti...

PELAKON dan pengacara Awal Ashaari menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa dia dan...

Agong Titah 1.5 Juta...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

‘Mat Saleh’ Jadi Tumpuan Di Hari Mengundi

MEMILIKI raut wajah seperti Mat Saleh, seorang lelaki menjadi tumpuan orang ramai yang turun mengundi di Sekolah Kebangsaan Fekda Pancing Selatan, Kuantan, Pahang hari ini.

Hadir mengundi di kawasan pusat pengundian tersebut seawal jam 8 pagi, Mohamad Jaafar yang berketurunan Belanda teruja menunaikan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia.

Seorang warganegara Malaysia yang sah, keadaan kulit lelaki berusia 76 tahun itu putih kemerah-merahan dan memakai topi membuatkan mereka yang turun mengundi di situ menganggap dia seorang ‘mat saleh’ sebenar.

Jelasnya yang merupakan seorang peneroka Felda Panching Timur itu, dia telah menunaikan tanggungjawab mengundi sejak di zaman pemerintahan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein lagi.

Dan pada masa itu, Jaafar menetap di kawasan bekas perdana menteri tersebut di Nenasi, Pekan, Pahang.

“Memang ramai yang panggil saya ‘Mat Saleh’, namun saya tidak berkecil hati, malah saya suka. Ini adalah anugerah daripada Allah yang patut saya terima,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Terdahulu, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah turut membuang undi di saluran tiga pusat mengundi itu kira-jam 9 pagi tadi.

Dalam pada itu, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini dilihat sangat meriah dengan pengundi dari semua umur baik tua atau muda keluar menunaikan kewajipan mengundi.


Lebih menarik, warga emas seperti Jaafar juga tidak menggunakan usia sebagai alasan untuk keluar mengundi memilih parti yang disokong mereka.

Bagi seorang lagi warga emas, Halijah Ali, 79, dia mengakui cukup bersemangat untuk menunaikan kewajipan sebagai rakyat negara ini walauoun setelah sekian lama tidak berupaya untuk keluar rumah.

Jelas ibu kepada sembilan orang anak itu, dia kini terpaksa mengharapkan bantuan orang lain untuk bergerak setelah dua kali kakinya patah, namun tidak sesekali menjadikan ia sebagai penghalang untuknya membuang undi.

“Setiap kali pilihan raya, saya tidak pernah lupa menunaikan tanggungjawab. Saya bersemangat sebab ini tanggungjawab saya sebagai pengundi di sini,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori