• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Sabu Anggap Mandat Pertahanan Satu Cabaran

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau ‘Mat Sabu’ yang diumumkan sebagai Menteri Pertahanan hari ini, menganggap mandat yang diberikan kepadanya itu sebagai satu cabaran besar.

Mohamad yang ditemui selepas sidang media pengumuman menteri kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, berkata beliau sudah mempunyai perancangan awal bagi pengurusan dan pentadbiran kementerian itu.

“Ini satu cabaran yang besar kepada saya, namun, saya akan membuat kajian awal serta mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin kanan kementerian ini.

“Saya ingin tahu apa yang berlaku dalam kementerian ini dan perkara yang perlu dilakukan serta cadangan yang bakal dikemukakan,” katanya kepada pemberita selepas tamat sidang media berkenaan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Menara Yayasan Selangor, dekat sini.

Dalam sidang media berkenaan, Dr. Mahathir turut menamakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Mengulas lanjut, Mohamad antara lain turut mahu meneliti semua laporan berkaitan tanah-tanah milik angkatan tentera yang didakwa konon sudah tergadai.

“Saya akan cuba dapatkan laporan berhubung tanah-tanah angkatan tentera yang dikatakan tergadai. Saya akan meneliti perkara itu,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Mat Sabu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Pinda Akta Kawalan Padi Dan Beras – Mat Sabu

Kerajaan Setuju Pinda Akta Kawalan Padi Dan Beras – Mat Sabu

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju meminda Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522) bagi meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengilang, pemborong...

Mat Sabu Umum Penggal Terakhirnya Terajui AMANAH

Mat Sabu Umum Penggal Terakhirnya Terajui AMANAH

24/12/2023
0

KLANG : Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan ini adalah penggal terakhirnya menerajui parti itu. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd