• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masjid Ketiga Di Putrajaya Dijangka Siap 4 Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Selepas Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebuah lagi masjid bakal didirikan di Putrajaya yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Surau Ar-Rahman di Presint 16 di sini akan dinaik taraf menjadi Kompleks Masjid Ar-Rahman dan dijangka mampu menampung seramai 3,000 jemaah.

Tengku Adnan yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 berkata sekolah rendah agama (SRA) juga akan dibangunkan di sebelah masjid itu, yang melibatkan keseluruhan tapak seluas 16,187 meter persegi.

SRA itu bakal mempunyai 24 kelas, bilik guru, pejabat, kantin dan ruang sokongan dan dijangka boleh menampung 840 murid dari tahun satu hingga enam.

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa melihat apa yang diperlukan oleh warga di sini yang meminta kompleks SRA ini dibina di sini beberapa tahun lepas dan surau di sini akan dinaik taraf menjadi masjid,” katanya kepada pemberita pada majlis pecah tanah kompleks masjid dan SRA itu di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata pembinaan masjid dan SRA itu melibatkan kos RM25 juta yang dibiayai oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bahagian timur Putrajaya dari Presint 14 hingga 18 mempunyai 9,176 unit rumah dengan anggaran 45,880 penduduk.

“Pengajian Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) dijalankan di Surau Ar-Rahman yang mempunyai 280 pelajar dengan menggunakan kawasan yang terhad,” katanya.

Tengku Adnan berkata sehingga kini terdapat dua SRA yang beroperasi di Putrajaya iaitu di Presint 9 dan 18 manakala sebuah lagi SRA di Presint 11 dijangka akan beroperasi Jun ini.

Beliau yang menyandang kerusi Parlimen Putrajaya selama tiga penggal beturut-turut berkata projek itu dilaksanakan atas permintaan penduduk setempat. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd