• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Fasa Bulan Madu, Mawar Tak Tolak Rezeki Anak

oleh
06/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI SAAT semua pasangaan suami isteri tak sabar mahu menimang cahaya mata, lain pula bagi pelakon Mawar Rashid yang dikatakan masih belum bersedia ke fasa seterusnya dalam alam perkahwinan.

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga sekitar enam bulan lalu, Mawar dikatakan masih mahu meluangkan masa dan menumpukan sepenuh perhatin kepada suami tersayang, Raf Yaakob.

“Tanggungjawab sebagai seorang ibu itu sangat besar dan luas jadi saya dan suami merancang untuk tidak menambah bilangan ahli keluarga buat masa ini.

“Tambahan pula kami baru berkahwin jadi saya nak habiskan masa dengan suami terlebih dahulu,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Ketika ini, Mawar dan Raf masih lagi dalam fasa berbulan madu dan turut mahu memberi perhatian kepada dua anak tirinya itu supaya mereka dapat menyesuaikan diri bersamanya.

Bagaimanapun, gadis campuran darah Siam itu turut tidak menolak sekiranyaa Allah sudah menentukan dia menimang cahaya mata dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, bulan madu yang diharapkan oleh pasangan suami isteri itu masih belum direalisasikan kerana kesibukan kerja yang perlu diutamakan.

Hal ini kerana, walaupun mereka sering ke laur negara, itu disebabkan tuntutan kerja Raf sebagai Presiden Kelab Manchaster United Malaysia.

Tetapi, gadis muda berusia 23 tahun itu tetap bijak mencuri masa untuk bersama dengan suaminya untuk menikmati ‘bulan madu’ itu.

“Jujurnya kami belum sempat lagi berbulan madu kalau ke luar negara pun kerana ikut suami atas urusan kerja.

“Tetapi kami ambil peluang juga bersiar-siar dan menghabiskan masa bersama dan itu pun sebenarnya sudah memadai buat saya,” tambah bekas peserta Dewi Remaja 2014/15 itu.

Dalam masa yang sama, perasaan bersyukur tetap sentiasa diucapkan oleh Mawar kerana dijodohkan dengan seorang suami yang sangat penyayang serta sentiasa mengambil berat tentang dirinya dan keluarga.

Sejak berumah tangga, Raf banyak mengajar Mawar tentang betapa pentingnya hubungan kekeluargaan.

Jika berkelapangan, jejaka berusia 33 tahun itu akan berusaha untuk menemani isterinya yang tercinta ke lokasi penggambaran ataupun bersama-sama menghadiri acara hiburan.

Sempena Aidilfitri nanti, Mawar bakal muncul dengan telefilem Pok Ya Siti Di Hati dan projek berkenaan merupakan satu-satunya lakonannya yang memerlukan dia bertutur dalam dialek Kelantan iaitu negeri kelahirannya.

Selain itu, Mawar sekali lagi bakal terlibat dalam penggambaran bagi drama bersiri berjudul Pencuri Cinta Kelas Satu yang memperlihatkan dia bergandingan bersama dengan sahabat baiknya, Emma Maembong. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Mawar RashidNETIZZEN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Memang Serik, Tidak Mahu Masuk Lagi” – Azri AF9

Next Post

Ralat Tolak Drama Mr. Grey, PU Riz Gigih Bina Nama

Related Posts

Mawar Nafi Kenal, Hutang Plaintif

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Usahawan Mawar Abdul Karim menafikan mengenali atau pernah berurusan dengan individu yang mendakwa memberi pinjaman RM720,000 kepadanya....

Mawar Rashid Hamil Anak Sulung?

01/08/2018
0

TAHNIAH diucapkan kepada Mawar Rashid dan suami yang bakal menimang cahaya mata pertama selepas mendirikan rumah tangga December lalu. Menerusi Instagram, Mawar...

Next Post

Ralat Tolak Drama Mr. Grey, PU Riz Gigih Bina Nama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd