• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mas Ermieyati Tidak Tanding Jawatan Dalam Parti

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengambil keputusan untuk tidak bertanding sebarang jawatan di semua peringkat dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada akhir bulan ini dan bulan depan.

Beliau, yang juga Anggota Parlimen Masjid Tanah, berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pemimpin lain untuk memimpin UMNO ke arah transformasi yang menyeluruh.

“Saya juga akan tamat tempoh memimpin Pergerakan Puteri UMNO Malaysia untuk diserahkan baton kepimpinan kepada pemimpin Puteri (UMNO) yang lain.

“Dengan ini juga saya juga berharap ramai pimpinan UMNO lama akan memberi ruang pada muka baharu untuk memimpin parti dan sayap UMNO,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Mas Ermieyati berkata pada masa ini beliau meletakkan fokus terhadap memberikan khidmat bakti kepada masyarakat Masjid Tanah yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili mereka.

Pada 22 Mei lepas, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan parti peringkat cawangan diadakan daripada 19 Mei hingga 10 Jun, pemilihan ketua sayap pada 23 Jun, manakala pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Jun. – BERNAMA

Tags: Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

CUEPACS Cemas PH Mungkin Batal Bantuan Aidilfitri?

Next Post

Pemilihan PBT Mungkin Dalam Tiga Tahun Lagi

Related Posts

Mas Ermieyati Umum Sertai Bersatu

13/12/2018
0

MELAKA - Anggota Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengumumkan...

Kerajaan Disaran Tambah Bilangan Pakar Psikiatri

26/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang Anggota Parlimen Bebas mencadangkan agar kerajaan menambah bilangan pakar psikiatri dalam usaha menangani masalah kemurungan dan...

Next Post

Pemilihan PBT Mungkin Dalam Tiga Tahun Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd