• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Negara Mesra Perniagaan, Alu-Alukan FDI

oleh Ahmad Albab
16/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan negara mesra perniagaan dan mengalu-alukan pelaburan langsung asing (FDI) dari seluruh dunia, termasuk China, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, beliau mempunyai pandangan yang berbeza mengenai FDI berbanding pendirian kerajaan sebelum ini.

Beliau tidak mempertimbangkan pelaburan yang datang ke Malaysia dan membeli sejumlah besar ​​​​tanah, membangunkan perbandaran atau bandar serta membawa masuk rakyat asing tinggal di negara ini sebagai FDI.

“FDI bermaksud membawa masuk modal dan teknologi serta membina kilang di Malaysia di samping meningkatkan kedudukan pekerja sehingga tahap eksekutif, dengan produk sama ada untuk pasaran Malaysia atau eksport,” katanya dalam persidangan video dengan Mesyuarat Majlis Ketua Pegawai Eksekutif The Wall Street Journal di Tokyo, Jepun, hari ini.

Bagi Dr. Mahathir, walaupun China merupakan rakan Malaysia, namun ia sebaliknya berbeza apabila melibatkan FDI.

Beliau berkata demikian bagi mengulas soalan mengenai kebimbangan terhadap​​​​​​​ pelaburan China di Malaysia.

“Terdapat beberapa tanah dijual kepada syarikat China. Mereka membangunkan bandar-bandar besar. Sebuah bandar di selatan (Malaysia) akan menempatkan kira-kira 700,000 orang. Bandar-bandar yang dibangunkan ini adalah amat mahal, dengan pangsapuri yang sangat mewah dan sebagainya,” katanya.

Beliau menjelaskan tidak ramai rakyat Malaysia yang mampu membeli unit itu, dan juga tidak​​​​​​​ mendapat manfaat daripada pembangunan baharu tersebut.

“Jadi, mereka yang tinggal di bandar-bandar ini ialah rakyat asing, mungkin dari China atau negara lain. Namun, mana-mana negara mungkin akan menyekat imigran daripada datang secara beramai-ramai. Ini juga berlaku di Amerika Syarikat (AS) atau Eropah hari ini.

“Dan kita juga mempunyai masalah yang sama. Kita perlu mengekang imigran dan menerima hanya sejumlah kecil yang boleh kita uruskan dan serap,” katanya.

Menjawab soalan mengenai ancaman kemungkinan perang perdagangan antara AS dan China, Dr. Mahathir berkata Malaysia mahu dunia berada dalam keadaan aman tanpa sebarang konfrontasi antara negara kerana jika sebaliknya ia akan menjejaskan pasaran.

Larangan, sekatan dan seumpamanya yang timbul akibat perang perdagangan adalah tidak baik bagi​​​​​​​ Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan, katanya.

Beliau turut menekankan keperluan untuk mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan negara-negara apabila menyentuh mengenai idea globalisasi dunia.

“Anda tidak boleh mempunyai negara-negara yang lemah bersaing dengan negara kuat. Dalam globalisasi dunia, kita perlu mempunyai akses kepada semua negara namun kita juga seharusnya mempertimbangkan kekuatan negara-negara ini dan memberi perlindungan kepada mereka,” katanya.

Mengenai sama ada Malaysia akan menjadi ekonomi yang sangat terbuka atau menjangkakan ​​​​​​mengambil laluan yang berbeza, Dr. Mahathir berkata ia bergantung kepada situasi, namun setakat ini, tidak ada keperluan bagi kawalan modal melainkan ada pihak yang cuba​​​​​​​ menjejaskan nilai mata wang dan memberi tekanan ke atasnya.

“Malaysia mahu menjadi sebuah ekonomi terbuka, kita mengalu-alukan modal asing dan kita mahu​​​​​​​ berdagang dengan seluruh dunia. Kita mahu mengeratkan hubungan dengan semua negara di dunia dan kita adalah negara mesra perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd