• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kedudukan Ke-4 Trofi Juara-Juara Asia Wanita

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menamatkan saingan di tempat keempat pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita setelah tewas 0-2 kepada China pada perlawanan penentuan ketiga/keempat kejohanan berkenaan di Stadium Sunshine, Donghae, Korea Selatan, yang berakhir hari ini.

Dua gol China dijaringkan Song Xiaoming menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-14 sebelum beliau menggandakan kedudukan menerusi gol padang pada minit ke-53, demikian menurut laman Facebook Konfederasi Hoki Malaysia.

Ia merupakan kekalahan kedua dialami skuad negara kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah yang tewas 1-3 kepada pasukan sama pada pusingan awal kejohanan itu, beberapa hari lepas.

Mengulas mengenai perlawanan berkenaan, Muhammad Dharma Raj mengakui pasukan China agak bergelut untuk menembusi benteng pertahanan negara, namun memuji barisan pemainnya yang memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan.

“Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persembahan pemain dengan kedudukan keempat yang diperoleh pada kejohanan ini berbanding kedudukan terakhir iaitu kelima pada edisi 2016.

“Barisan pemain menampilkan peningkatan dan keberanian berdepan dengan kebanyakan pasukan bertanding yang membawa pemain bakal beraksi pada Piala Dunia Wanita 2018 di England, Julai ini, kecuali Jepun yang tidak membawa skuad utama mereka,” jelas Muhammad Dharma Raj.

Malaysia memulakan kempen kejohanan itu dengan dua kekalahan, tewas masing-masing dengan keputusan 1-3 kepada Korea Selatan dan China pada 13 dan 14 Mei, sebelum menundukkan Jepun 3-2, selang dua hari kemudian.

Mereka bagaimanapun tewas 2-3 kepada juara bertahan, India pada perlawanan terakhir pusingan awal pada 17 Mei lepas.

Korea Selatan muncul juara pada edisi kali ini setelah mengatasi India 1-0 pada aksi final di venue yang sama. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd