• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Penuhi Obligasi Hutang – Zeti

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan telah memberi jaminan bahawa Malaysia akan memenuhi tanggungjawab hutangnya di bawah kerajaan baharu dan menekankan bahawa perubahan politik semasa di negara ini berlaku pada “masa yang sangat positif”.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan sebahagian daripada pasukan lima anggota itu berkata, negara ini mengalami tempoh pelarasan tetapi ia juga disokong oleh persekitaran ekonomi yang menggalakkan seperti harga minyak dunia yang lebih tinggi.

“Minyak kini diniagakan melepasi US$70 setong dan dengan itu terdapat sedikit kelegaan. Kita perlu mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan dasar-dasar tertentu supaya kita akan mempunyai pelarasan yang teratur.

“Ini juga mengambil kira keupayaan institusi seperti Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan,” kata bekas Gabenor Bank Negara tersebut kepada Bernama selepas menghadiri sesi taklimat dengan tiga agensi penarafan antarabangsa hari ini.

Zeti mengadakan pertemuan secara berasingan dengan agensi penarafan, iaitu Moody’s Investors Service, S&P Global Ratings and Fitch Ratings untuk membincangkan persekitaran semasa di Malaysia dan memberikan kejelasan mengenai hala tuju dasar yang meluas di bawah kerajaan yang baru dibentuk.

Antara isu yang dibincangkan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta subsidi dan bagaimana Malaysia boleh memenuhi keperluan pendapatannya berikutan penghapusan cukai ini.

Zeti berkata, dasar-dasar baharu terbabit adalah penting seperti meningkatkan pendapatan boleh dibelanja golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kita perlu menyokong pertumbuhan keseluruhan ekonomi. Oleh itu, pentingnya memahami apa matlamat yang akan dicapai dengan dasar seperti ini yang akan menjana peningkatan dalam pendapatan (kerajaan),” jelasnya.

Wanita pertama menjadi gabenor bank pusat tersebut berkata, Majlis Penasihat Kerajaan akan melihat keseluruhan pengurusan kedudukan fiskal, termasuk proses tadbir urus, bagaimana keputusan dibuat serta tahap ketelusan dan pendedahan.

Selain Zeti, anggota lain majlis berkenaan ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican; ahli ekonomi, Prof. Jomo Kwame Sundaram dan taikun, Tan Sri Robert Kuok. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2019 Dijangka Bersifat Inklusif

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019 yang amat dinanti-nantikan, akan dibentangkan pada Jumaat ini, dijangkakan bersifat inklusif dan memberi manfaat kepada...

Zeti Simpan Rapi Surat Tun Dr Siti Hasmah Penuh Berinspirasi

30/10/2018
0

PUTRAJAYA - Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini berkongsi rahsia beliau yang amat menghargai sepucuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd