Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Projek CSR Bantu Usahawan...

RAMADAN bulan limpahan amal dan bulan kemurahan rezeki. Bagi usahawan produk Ramadan dan Syawal, ini...

Jika Junam 20,000 Kaki...

KUALA LUMPUR - Seorang juruterbang ujian hari ini mempertikai laporan berita bahawa pesawat...

Polis Serbu Premis Disyaki...

KUBANG PASU – Lima premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian diserbu polis di...

Harga Siling Vaksin Covid-19...

KUALA LUMPUR - Harga maksimum bagi setiap satu vaksin Fasiliti Akses Global Vaksin...

Makanan Dihidang Dalam Kasut, PM Jepun Tersinggung

HIDANGAN makanan di dalam kasut boleh dianggap sebagai perbuatan yang tidak releven seolah-olah menghina seseorang yang bakal menjamu hidangan tersebut.

Begitulah dialami Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang berasa tersinggung apabila dihidangkan makanan untuknya di dalam kasut ketika makan bersama rakan sejawatannya di Israel, Benjamin Netanyahu.

Lapor Astro Awani, pemimpin negara matahari terbit itu bersama isterinya berpendapat tindakan menghidangkan kasut di atas meja makan seperti tidak menghormati mereka ketika hari terakhir lawatan di wilayah Palestin pada 2 Mei lalu.

“Tidak ada budaya di dunia yang meletakkan kasut di atas meja. Apa yang difikirkan cef itu? Jika ia satu bentuk gurauan, kami tidak rasa ia satu perkara yang kelakar. Kami berasa tersinggung bagi pihak Perdana Menteri kami,” ujarnya diplomat Jepun yang tidak didedahkan identitinya.

Berhubung hal tersebut, Kementerian Luar Israel menafikan terlibat dengan idea hidangan itu sebaliknya menghargai Chef Segev Moshe kononnya hidangan tersebut sangat kreatif.


“Kami sangat menghormati Perdana Menteri Jepun,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan tanpa mengemukakan sebarang permohonan maaf.

Chef Segev Moshecuba mempertahankan dirinya dengan menyatakan pencuci mulut yang dihidangkan dalam kasut tersebut bukanlah kasut sebenar.

Menurut sumber, hidangan yang dianggap tidak senonoh seperti itu sengaja dilakukan ketika pemimpin asing mengunjungi restoran berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori