• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Israel Sokong Tembak Penduduk Palestin

oleh Ahmad Albab
25/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAHKAMAH Agung Israel semalam mengekalkan penggunaan kekerasan membawa maut tentera Zionis ke atas penduduk Palestin ketika bantahan dan pertembungan di sempadan Gaza.

Dalam keputusan setebal 41 muka diterbitkan Kementerian Kehakiman malam semalam, panel tiga hakim secara sebulat suara menolak satu petisyen oleh kumpulan hak asasi manusia Israel dan Palestin untuk mengekang penggunaan penembak hendap tentera yang melepaskan peluru hidup.

Ketua Hakim, Esther Hayut menerima pendirian kerajaan, penunjuk perasaan Gaza bukan penunjuk perasaan awam secara aman namun sebahagian ‘konflik bersenjata’ antara Israel dan pemerintah Islam Gaza, Hamas.

Namun beliau berkata, walaupun keputusan itu, tentera seharusnya meneruskan semakan dalaman berhubung insiden terbabit dan prosedurnya.

Peraturan itu dikecam masyarakat antarabangsa selepas tentera Israel menembak mati sekurang-kurangnya 62 penduduk Gaza 14 Mei lalu, apabila ribuan rakyat Palestin membantah pemindahan secara rasmi Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Presiden Perancis Emmanuel Macron mengutuk keganasan dilakukan pasukan bersenjata Israel ke atas penunjuk perasaan.

Tuntutan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk siasatan bebas insiden Gaza disokong Britain, Jerman dan Switzerland.

Israel menolak cadangan itu, begitu juga AS yang menyekat langkah untuk satu siasatan di PBB.

Ireland dan Belgium memanggil wakil Israel memberi penjelasan sementara Afrika Selatan memanggil semula dutanya ke Israel.

Tentera Israel membunuh 121 penduduk Palestin dalam bantahan sejak 30 Mac lalu di sempadan yang turut mencederakan 2,400 lain.

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Israel dan Pusat Hak Asasi Manusia Al Mezan berpusat di Gaza berhujah di mahkamah, undang-undang antarabangsa melarang penggunaan tembakan hidup ke atas penunjuk perasaan tidak bersenjata. – AFP/myMetro Online

Tags: IsraelPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd