• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir ‘Sapu’ Lagi Tanah Langkawi Buat Projek Kuda

oleh AK-47
06/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK 6 Mei, netizen digemparkan dengan dua siri pendedahan berhubung dokumen pajakan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kepada permohonan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semua kelulusan pajakan tersebut pernah dibuat antara tahun 2011 hingga 2014 ketika Mahathir menjadi Penasihat LADA. Untuk rekod Mahathir dilantik sebagai penasihat agensi itu pada 2003 hingga Mac 2016 lalu.

Dalam dua laporan didedahkan menerusi media sosial sebelum ini, Mahathir berjaya memanipulasi hak pemilikan pajakan tanah antara tempoh 30 tahun hingga 60 tahun di Kuah dan Mukim Ayer Hangat.

Namun, dokumen ketiga ternyata lebih mengejutkan. Penyelewengan dokumen siri ketiga yang tersebar kali ini membabitkan tanah di Teluk Ewa yang dipajak kepada Mahathir selama 90 tahun.

Baca: Lagi Salah Laku Mahathir Pajakan Tanah Langkawi

Ia menjadikan status pajakan tanah seluas 40 ekar ini sebagai pajakan paling lama tempohnya. Mahathir, 92, menerima surat kelulusan pajakan ini pada 8 Oktober 2013.

Sama seperti dua kelulusan sebelum ini, ia diluluskan ketika Mahathir masih bertugas sebagai Penasihat LADA.
Surat kelulusan itu ditandatangani Pengurus Perancang LADA, Dr. Nooryazan Zainol.

Pajakan itu membabitkan lot-lot tanah PT208 dan PT210. Ini bermakna kuda diternak untuk kepentingan Mahathir itu selesa berada di tanah tersebut sehingga tahun 2100 ketika beliau berusia sekitar 180 tahun.

Tiga siri pendedahan skandal pajakan dengan premium rendah dan tempoh antara 30, 60 dan 90 tahun ternyata sangat menggemparkan negara ketika rakyat Langkawi pula hanya mampu lihat legasi Mahathir!

Nampaknya kuda dipelihara Mahathir jauh lebih bernasib baik kerana ada tanah sendiri di pulau legenda Mahsuri itu dengan kos makanan harian haiwan ini sahaja jauh lebih mahal daripada rakyat marhaen.

Beliau yang bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Langkawi, kini berdepan dengan desakan untuk membuat penjelasan berhubung isu pajakan ini. Mahathir oh Mahathir… – MYNEWSHUB.CC

Tags: LADAMarina Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LADA Belanja RM95,000 Santuni B40 Sepanjang Ramadan

16/04/2022
0

LANGKAWI : Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperuntukan RM95,000 bagi menyantuni golongan B40, asnaf dan anak yatim menerusi aktiviti kebajikan dan...

Tiada Keperluan Siasat Ambiga, Marina – Azmin

03/03/2020
0

SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan terhadap mereka yang terlibat dalam perhimpunan aman,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd