• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lima-Lima Aku Tikam!’ Padah Jiran Bising

oleh AK-47
02/06/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAK tahan lagi dengan sikap jiran sering membuat bising, seorang lelaki bertindak nekad menikam lima remaja dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, Selangor, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu, kelima-lima mangsa yang juga jirannya, mengalami cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Serdang bagi rawatan lanjut selepas dihubungi orang awam.

Difahamkan sebelum kejadian amuk itu berlaku, suspek dikatakan menegur mangsa supaya tidak membuat bising dengan deruman ekzos motosikal pada waktu malam, namun teguran itu tidak diendahkan mereka.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, suspek rasa tercabar dengan kelakuan dan sikap jirannya itu yang tetap tidak ambil peduli biarpun sudah berkali-kali diingatkan.

“Lelaki itu lantas mengambil pisau di rumah dan segera ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam kesemua mangsa.

“Suspek bagaimanapun terus menghilangkan diri susulan kejadian tersebut,” katanya yang dipetik BH Online.

Difahamkan, suspek telah mengadu kepada isterinya mengenai sikap jiran sebelah rumah mereka yang selalu membuat bising sejak lima tahun lalu.

Kesemua mangsa yang mempunyai hubungan bapa dan anak serta tiga kawan anak itu dihantar ke Hospital Serdang dengan menaiki ambulans.

Tambah Abdul Aziz, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Sementara itu salah seorang mangsa ditikam, Muhammad Harit Mohd Salleh, 18, berkata dia bersama tiga lagi rakan sedang bersembang di depan rumahnya dan bapanya berada di dalam rumah.

Katanya, dia dan beberapa rakannya sering menerima ugutan ‘bunuh’ daripada jirannya itu setiap kali berkumpul di depan rumah tidak kira siang atau malam.

“Perkara itu sudah berlarutan sejak setahun lalu, sedangkan kami tidak pernah membuat bising yang keterlaluan namun dia sering menunjukkan perasaan tidak puas hati.

“Malam tadi, awalnya dia menegur, menyuruh kawan saya balik tetapi kami tidak hiraukan kerana kami tidak buat apa-apa hanya duduk bersama melayan peranti masing-masing.

“Lima minit kemudian dia keluar dengan dua bilah pisau dan terus menikam kawan saya, kami semua panik dan dia terus serang kami semua, ayah saya turut ditikam sebaik sahaja dia keluar dari rumah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan…

Tags: bisingtikam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lebih 4,000 Komputer Set Judi Dimusnahkan Polis

Next Post

Kadar Parkir Di Stesen MRT Turun Mulai 1 Jun

Related Posts

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

Mandur Hilang Selepas Tikam Dua Pekerja Warga Myanmar

12/04/2025
4

SUNGAI SIPUT - Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki menikam dua rakan senegaranya dalam kejadian di sebuah...

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

27/11/2024
0

AMPANG: Seorang penghantar makanan dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menikam isteri dan anaknya...

Next Post

Kadar Parkir Di Stesen MRT Turun Mulai 1 Jun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd