Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Mark Adam Tonton Filem...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Mark Adam memberitahu dia sering menonton filem-filem lakonan Allahyarham...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter melanda...

Polis Kenal Pasti Anggota...

SINTOK - Polis Kota Setar sudah memanggil dan mengenal pasti anggotanya yang terlibat...

“Saya Mohon Maaf, Dia...

MACHANG - Susulan kes seorang lelaki mencabul dan cuba merogol seorang wanita di...

Lima Cedera Pesawat Ringan UNHAS Terbalik

KANANGA – Lima cedera apabila pesawat ringan yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Udara Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHAS), terbalik di landasan kapal terbang di Republik Demokratik Congo (DRC), semalam.

Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP) dalam satu kenyataan berkata, kemalangan berlaku ketika pesawat hendak berlepas di Kamonia, tengah wilayah Kasai.

“Dua anak kapal dan tiga penumpang yang menaiki pesawat itu mengalami cedera ringan dan sudah dibawa untuk menerima rawatan di kemudahan kesihatan tempatan.

“Punca kejadian masih disiasat,” katanya.

WFP berkata, dua anak kapal adalah warga Uganda, manakala penumpang yang bukan kakitangan WFP adalah rakyat Perancis, Chad dan DRC.


Sementara itu, pegawai tempatan DRC, Jean Paul Kuzuka, berkata pesawat ringan Cessna Caravan yang disewa oleh UNHAS dipercayai terbenam di dalam pasir lalu terbalik.

“Keadaan landasan kapal terbang yang tidak memuaskan disyaki menjadi punca kemalangan itu,” katanya. – AFP/BH ONLINE

Kategori