• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelong Cenderamata Perkahwinan Harry & Meghan

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CLAIRE Oliver merupakan antara individu bertuah yang dijemput sebagai tetamu pada majlis perkahwinan Putera Harry dan Meghan Markle. Kesempatan yang ada itu telah digunakan oleh Claire, yang juga pengurus sumber manusia dari London ini dengan sepenuhnya.

Selepas pulang dari majlis berkenaan, tanpa berlengah, Claire telah menjadikan buah tangan yang diterima pada majlis itu sebagai duit dengan melelongnya di eBay.

Dia mendapat wang mudah, bukan sedikit tetapi sebanyak RM113,000 dengan menjual beg yang mengandungi cenderahati dan surat selamat datang daripada Harry serta Meghan.

Bukan hanya Claire, malah ada yang berjaya melelong cenderahati itu dengan harga mencecah hingga RM160,000.

Ternyata ramai yang berminat dengan peristiwa bersejarah itu dan sanggup membida pada harga yang tinggi.

Dipercayai seramai 1,200 tetamu bukan VIP dipilih untuk melihat pasangan diraja berkenaan di luar gereja St. George.

Beberapa beg cenderahati itu masih dilelong dalam ebay dan ramai yang masih membida untuk membelinya.

Majlis perkahwinan antara Harry dengan Meghan, yang merupakan aktres Amerika Syarikat berlangsung pada 19 Mei lalu dan diadakan dalam suasana meriah dengan rakan-rakan Meghan yang terdiri daripada selebriti terkenal Hollywood turut hadir.

Sebaik sahaja selesai majlis, pasangan diraja itu mengguanakan gelaran Duke da Duchess of Sussex. – MYNEWSHUB.CC

Tags: lelongputera harry
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi `Duyung’ Hanya Sempat Lihat Dunia 15 Minit

Next Post

D7 Serbu Tiga Premis Judi, Bookie Di Ampang

Related Posts

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Dapat Rumah Sementara

MBKT Lelong Lembu, Kambing Tak Dituntut

13/02/2024
0

KUALA TERENGGANU: Dua lembu jantan dan lapan kambing akan dilelong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana tidak dituntut selepas disita...

Bangkai Lipas, Debu Bulan Bakal Dilelong RM1.7 Juta

13/06/2022
0

BOSTON, Massachusetts – Bangkai lipas dan debu Bulan yang diekstrak dari badan roket Apollo 11 adalah antara item unik yang...

Next Post

D7 Serbu Tiga Premis Judi, Bookie Di Ampang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd