• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mati Ditetak, Sepasang Kekasih Ditahan

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga tempatan mati akibat ditetak di sebuah restoran di Jalan Aziz Awab, Kluang Baru, dekat Kluang, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, DSP Abdul Razak Abdullah Sani berkata mangsa yang berusia 44 tahun itu dipercayai bekerja sebagai jurujual.

“Kita menerima laporan kejadian pada 10.26 malam tadi selepas mendapat panggilan daripada saksi kejadian yang melihat mangsa ditetak menggunakan parang di sebuah restoran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut saksi, ketika kejadian mangsa sedang minum bersama beberapa rakannya di restoran berkenaan sebelum didatangi oleh empat lelaki menaiki dua buah motosikal.

“Seorang daripada suspek telah menuju ke arah mangsa dengan membawa sebilah parang dan terus menetak si mati di bahagian belakang leher. Kesemua pelanggan restoran bersama saksi melarikan diri.

“Selepas ditetak, mangsa cuba melepaskan diri menuju ke jalan besar tetapi ditahan oleh suspek di hadapan sebuah kedai iklan dan sekali lagi menetak mangsa,” katanya.

Abdul Razak berkata mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang leher, punggung, lengan kiri dan kedua-dua bahagian bawah betis dipotong hampir putus.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Enche Besar Hajah Kalsom dan meninggal dunia semasa menerima rawatan.

Susulan daripada kejadian itu, seorang lelaki dan seorang wanita, dipercayai pasangan kekasih, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

“Hasil siasatan telah membawa kepada penahanan sepasang kekasih, masing-masing berumur 47 dan 43 tahun. Teman lelaki bekerja sebagai tukang servis pendingin hawa manakala teman wanita adalah suri rumah sepenuh masa,” katanya.

Hasil ujian air kencing terhadap kedua-dua suspek yang ditahan juga negatif dan kedua-dua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Menurut beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: kekasihkes tetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

Mengaku Tetak Anak Dan Isteri, Lelaki Dipenjara 20 Tahun

04/11/2025
0

Sibu: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun selepas...

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

‘Saya Dengar Suara Mengerang Kesakitan, Lihat Anak Berlumuran Darah’ – Ibu Mangsa Tetak

25/10/2025
0

TUMPAT: "Saya terdengar suara mengerang kesakitan dari luar rumah sebelum keluar dan sangat terkejut melihat anak dalam keadaan berlumuran darah,"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd