• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dituduh Bunuh 3 Beradik, Cederakan 4 Lain

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Seorang pekerja penyelenggaraan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga tuduhan membunuh tiga beradik dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Haji Muhammad di Bagan Datuk, pada 17 Mei lalu.

Tertuduh, Shahrul Pitri Jusoh, 35, turut didakwa dengan tiga tuduhan cubaan membunuh dan satu tuduhan mencederakan seorang kanak-kanak di kampung sama pada hari sama.

Shahrul Pitri dituduh atas tiga tuduhan berasingan membunuh Muhammad Faqih Zahirulhaq Mohd Fadzil, 5, dan dua adiknya, Muhammad Firash Zafrill, 3, serta Nur Zia Fasihah, 2.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumah projek bantuan bina rumah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di kampung terbabit antara jam 2.30 hingga 2.40 petang pada hari pertama umat Islam berpuasa itu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Shahrul Pitri mengaku memahami pertuduhan itu dan tiada pengakuan direkodkan, manakala tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Majistret Syahdatul Kamila Zakaria menetapkan 4 Julai ini untuk kes itu disebut semula bagi mendapatkan laporan kimia dan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Di mahkamah berasingan, Shahrul Pitri dituduh cuba membunuh menggunakan parang terhadap guru agama, Redhuan Embi, 32, di jalan depan Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad (SKSHM), kira-kira jam 2.45 petang.

Tertuduh juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap ibu tiga beradik berkenaan, Zuraidah Mat Ali, 35, di rumah projek bantuan bina rumah MAIPk antara jam 2.30 hingga 2.40 petang.

Dia juga didakwa melakukan perbuatan sama terhadap murid Tahun Empat, Nur Aina Umaira Subri, 10, di titi pondok depan SKSHM antara jam 2.15 hingga 2.25 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan bagi ketiga-tiga tuduhan itu yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Shahrul Pitri juga didakwa mencederakan Nur Zuryn Faziera Mohd Fadzil, 9, yang juga kakak kepada tiga beradik mangsa bunuh, menggunakan parang di titi pondok depan SKSHM antara jam 2.15 hingga 2.25 petang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 kanun sama dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadanya.

Tertuduh yang beralamat di Taman Alam Megah, Shah Alam, Selangor, mengaku tidak bersalah terhadap semua empat pertuduhan berkenaan.

“Saya minta bicara, saya dalam keadaan tidak sedar, saya khayal,” kata tertuduh di depan Majistret Norila Mohd Ardani.

Norila turut menetapkan semua kes itu disebut semula pada 4 Julai ini dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh. – BH ONLINE

Tags: kes bunuhmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd