• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Ching Kini Berpangkat Superitendan

oleh AK-47
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bermula sebagai seorang Inspektor 30 tahun yang lepas, kini pegawai polis wanita ini berpeluang menjadi Supt (Superintendan) yang memegang jawatan sebagai Pegawai Turus Pentadbiran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Beliau yang merupakan ibu kepada tiga anak lelaki itu ialah Supritendan Lai Lee Ching, berusia 53 tahun.

Dalam usaha untuk memperkasakan polis wanita, Lai juga dilantik sebagai Pegawai Turus Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) Perak yang bertujuan untuk memastikan polis wanita dapat terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Beliau berkata kekuatan ‘tersembunyi’ wanita membuktikan golongan itu mampu bersama-sama kaum lelaki untuk memberi perkhidmatan terbaik dalam agensi keselamatan itu.

“Paling penting, kita sebagai wanita perlu sedar tujuan, inisiatif dan galakan daripada pihak kerajaan untuk membangkitkan kekuatan ‘tersembunyi’ wanita bagi bergabung tenaga dengan kaum lelaki ke arah keberhasilan yang cemerlang.

“Ini kerana lelaki dan wanita mempunyai kekuatan unik tersendiri. Hasil penggabungan idea, konsep dan tenaga antara kaum lelaki dan wanita akan membawa impak tinggi yang memberi manfaat maksimum kepada masyarakat,” katanya kepada Bernama.

Lai yang berasal dari Kedah telah berkhidmat sejak 1988 antaranya sebagai pegawai perhubungan awam di Bahagian Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Koporat) di Bukit Aman.

Katanya, walaupun beliau mempunyai kelulusan dalam bidang setiausaha di Kolej Stamford Kuala Lumpur namun beliau memilih kerjaya polis kerana padanya polis merupakan satu pekerjaan yang murni.

“Naluri saya untuk memberi perkhidmatan kepada masyarakat merupakan galakan kepada saya untuk menceburi kerjaya sebagai polis.

Ia juga dapat meluaskan pengalaman kerja dan berpeluang menerima cabaran yang dapat meningkatkan ketahanan diri ” katanya.

Beliau berkata antara pencapaian yang amat bermakna baginya apabila berjaya mengetengahkan laman sosial Facebook PDRM pada tahun 2010 yang pada ketika itu beliau memegang jawatan Pegawai Perhubungan Awam di Bukit Aman. – MSTAR 

** Sekadar Video Hiasan..

Tags: PDRMWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

Polis Minta Tidak Berhimpun, Siasat Hantaran Tular Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram

04/03/2026
0

Oleh Mynewshub GEORGE TOWN – Polis membuka kertas siasatan berhubung satu hantaran tular di media sosial yang menyentuh tentang satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd