• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 700 Warga UPM Ikrar Bebas Rasuah

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – Lebih 700 kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini sebagai tanda komitmen dalam usaha membasmi gejala rasuah dan memartabatkan integriti organisasi.

Lafaz ikrar yang diketuai Naib Canselor UPM Prof Datin Paduka Datuk Dr Aini Ideris itu disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil.

Dr Aini berkata ia sekali gus membantu UPM memberi peringatan kepada kakitangannya supaya menjauhkan diri daripada terlibat dengan unsur salah guna kuasa dan rasuah.

“Dengan lafaz ikrar pada hari ini, ia dapat membantu warga UPM supaya sentiasa beringat untuk mematuhi undang-undang dan prosedur yang telah ditetapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani dan Melafazkan IBR itu.

Beliau berkata itu bertepatan dengan sambutan Hari Pekerja UPM pada hari ini yang diraikan menerusi Majlis Gemilang Putra yang turut diadakan bagi menyampaikan anugerah kepada kakitangan yang telah memberikan sumbangan dan berkhidmat dalam UPM.

“Saya juga menyarankan agar semua Dekan, Pengarah dan Ketua Jabatan untuk mengadakan IBR di pusat tanggungjawab masing-masing supaya menjadikan kita lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah,” katanya. – BERNAMA

Tags: IBRUPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fasih Cakap Tamil, Calon BN Ketari Dekati Pengundi

Next Post

Tak Masuk Akal Liverpool Boleh Menang – Klopp

Related Posts

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama Dalam Bidang Perubatan Dan Rehabilitasi

26/02/2022
0

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa komited menambah baik perkhidmatannya...

Mengapa UPM Anugerah Hampir 400 PHD Tahun Ini?

18/01/2022
0

Berikut kenyataan oleh Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin: Hairan kenapa UPM anugerah hampir 400 PhD tahun...

Next Post

Tak Masuk Akal Liverpool Boleh Menang - Klopp

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd