Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Silap Tempat Promosi Seluar...

Kuala Lumpur - Tindakan seorang peniaga mempromosikan seluar dalam jenama terkenal kepada penguat...

PAS Nasihat Tun M...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS menasihati mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Intai Isteri Jiran Mandi,...

SEORANG lelaki dilaporkan mati terkejut apabila terjatuh semasa sedang asyik mengintai seorang wanita...

Pembantu Kedai Runcit Maut...

IPOH - Seorang pembantu kedai runcit maut digilis sebuah lori di Kilometer 30...

Kutip Derma: Warga Asing Ambil Kesempatan

KOTA BHARU – Kebanyakan warga asing khususnya dari wilayah selatan negara jiran yang masuk ke negeri ini ketika Ramadan untuk mengutip derma atau sedekah dikatakan mampu meraih pendapatan kira-kira RM300 sehari.

Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Nazri Hussin berkata pendapatan tinggi itu menjadi daya tarikan kepada warga asing terbabit untuk datang ke negeri ini.

“Dalam operasi kita jalankan mendapati mereka ini biasanya mendakwa mengutip derma untuk pembinaan sekolah pondok di negara mereka, namun dokumen dibawa mereka agak meragukan dan dipercayai hanya cetakan semula dengan harapan dapat mengabui mata orang ramai untuk menghulurkan derma,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Nazri berkata dalam operasi bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV dan Bazar Ramadan di Pengkalan Chepa di sini, hari ini, enam individu berasal dari negara jiran ditahan kerana memungut derma tanpa kebenaran.

“Siasatan mendapati mereka datang ke sini untuk memungut derma sempena Ramadan, setiap bazar Ramadan mereka mampu meraih derma sehingga RM300,” katanya.


Nazri menasihati orang ramai supaya menghulurkan derma melalui saluran sah, yang sudah disediakan supaya diketahui ke mana wang sumbangan itu akan dibelanjakan selain untuk membanteras kegiatan pengemis. – BERNAMA

Kategori