Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Mahathir ‘U-Turn’ Kini Akur...

LONDON - Akhirnya Tun Dr. Mahathir Mohamad terpaksa 'menekan butang kecemasan' apabila memilih...

Tatacara Pengurusan Tabung Warisan...

JOHOR BAHRU - Tatacara pengurusan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) akan diubah dalam...

Pemikat Ayam Hutan Parah...

Kuala Pilah: Polis menahan seorang warga emas berhubung kejadian seorang pemikat ayam hutan...

Isyana Pendam Hasrat Duet...

PENYANYI baharu kelahiran negara jiran, Indonesia, Isyana Sarasvati sama seperti penyanyi lain sama...

“Kualiti Diri Tidak Terletak Pada Jenama Barang”

PENYANYI dan pelakon, Farahdhiya mengakui bersetuju pendapat Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin mengenai barang jenama yang menjadi kegilaan pelbagai lapisan wanita masa kini.

Menerusi sebuah entri di Instagram miliknya, Faradhiya, 33, berkata kualiti diri seseorang sebenarnya tidak terletak pada barang-barang berjenama yang dipakai.

Sebaliknya, hal itu lahir daripada hati dan niat seseorang yang membuatkan diri mereka cantik semula jadi tanpa barang berjenama.

“Bahagia itu bukan pada jenama. Kualiti diri seseorang tidak ada kena mengena dengan jenama yang kita pakai. Takkan pakai benda mahal baru nak rasa diri cantik? Kesianlah kalau macam tu.

“Setiap wanita dilahirkan cantik tanpa adanya sebarang jenama, pada akhirnya yang membuatkan kita cantik adalah hati, niat kita dan bukan jenama,” tulis pemilik nama sebenar Farahdhiya Mohamed Amin itu.

Entri Dimuatnaik Oleh Farahdhiya.

Menerusi entri yang sama, Farah turut berkongsi kisah dengan memberitahu ada dalam kalangan kawan-kawannya sendiri sanggup berhutang untuk melaram dengan barang berjenama.

Kemudiannya, katanya lagi, ada juga rakannya yang berbangga membeli beg berjenama namun terpaksa menjual semula barangan tersebut selepas ditimpa musibah dan kesempitan hidup.

“Dah banyak saya nampak dengan mata sendiri, ada yang sanggup berhutang sebab nak melaram punya pasal.


Ada juga kawan-kawan yang dulu kaya raya, setiap minggu beli beberapa beg, bangga dengan beg dia. Akhirnya Tuhan nak tunjuk, terpaksa jual semua beg untuk menampung kehidupan,” kata Farah.

Justeru, Farah mengingatkan orang ramai agar sentiasa lebih beringat dan menyimpan wang untuk digunakan di kemudian hari.

Pada masa sama, dia juga menasihati agar menghindari sifat riyak, sombong dan angkuh kerana tidak disukai oleh Allah.

Bagaimanapun, Farah memberitahu apa yang ditulis itu hanya sekadar ingatan secara umum dan tidak mempunyai sebarang unsur politik negara. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori