Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Pemotong Kelapa Sawit Didakwa...

KUALA LUMPUR — Seorang pemotong kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret...

Polis Bongkar Makmal Proses...

IPOH - Polis membongkar makmal memproses dadah yang berselindung di sebalik aktiviti penternakan...

Pembentangan Pemansuhan Hukuman Mati...

Kerajaan akan membentangkan pindaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dalam 11 peruntukan undang-undang...

NZ Usir Wanita HK...

WELLINGTON - Seorang wanita asing yang menyembunyikan enam biji buah lemon di dalam...

Kru Kapal Layar Warga NZ Hilang Di Pantai Tg. Sedili

JOHOR BAHRU – Seorang kru kapal layar warganegara New Zealand dipercayai hilang ketika mandi berhampiran kapal layarnya yang sedang bersauh lebih kurang satu batu nautika dari pantai Jason Bay, Sedili, dekat Kota Tinggi, malam tadi.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selatan Kapten Martim Sanifah Yusof berkata kehilangan Robert Mark Fagan, 63, diterima pihaknya daripada rakan mangsa pada jam lebih kurang 3 pagi tadi.

Menurut beliau, operasi mencari mangsa diaktifkan sebaik menerima laporan kecemasan.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masih diteruskan pagi ini melibatkan keluasan sektor pencarian lebih kurang 10 batu nautika persegi di sepanjang perairan Sedili Kecil dan seramai 31 orang anggota dan pegawai dari Maritim Malaysia, Polis, Bomba dan APM (Angkatan Pertahanan Awam),” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sanifah berkata pencarian juga dilakukan di sepanjang pantai Jason Bay yang dilakukan oleh agensi penyelamat di darat.


Menurutnya lagi, kapal layar tersebut berlabuh di lokasi tersebut sebelum meneruskan pelayaran di dalam program Sail Malaysia Passage to East Yacht Rally 2018. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Kategori