• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kosmo!, Mingguan Kekal Akhbar Melayu Terlaris 2017

oleh
26/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TREND kemerosotan jualan akhbar di seluruh negara tidak jadi penghalang untuk Kosmo! terus kekal sebagai akhbar harian berbahasa Melayu paling laris di Malaysia sepanjang 2017 lalu.

Menurut laporan terkini dikeluarkan oleh firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) hari ini, akhbar terbitan Kumpulan Utusan itu mencatatkan purata edaran harian bersih sebanyak 155,996 naskhah.

Rekod dicatatkan antara tempoh Julai hingga Disember tahun lepas, sekali gus mengekalkan pencapaian memintas saingannya, Harian Metro sejak 2015, yang jatuh dengan sekadar 112,705 naskhah untuk jangka waktu yang sama.

ABC turut melaporkan bahawa Utusan Malaysia, juga terbitan Kumpulan Utusan merekodkan edaran harian bersih kira-kira 112,050 naskhah, manakala akhbar saingannya, Berita Harian pula hanya setakat 69,985 naskhah.

Dalam pada itu, Mingguan Malaysia yang diterbitkan sejak 30 Ogos 1964, masih kekal sebagai akhbar berbahasa Melayu yang paling tinggi edarannya iaitu 245,911 naskhah diikuti adiknya, Kosmo! Ahad cuma 166,774 naskhah.

Baca: Akhbar Digital Terlaris 2017 Kekal Milik Utusan

Kosmo

Dua akhbar mingguan popular terbitan Kumpulan Utusan itu terus mengatasi saingan mereka, Metro Ahad yang sekadar 120,979 naskhah dan BH Ahad (62,927 naskhah) untuk sepanjang tempoh separuh kedua 2017 lalu.

Malah Mingguan Malaysia muncul paling popular di seluruh Semenanjung Malaysia, manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal dikuasai oleh Metro Ahad, lapor ABC dalam statistik terkini yang dikeluarkan di ibu negara.

Lebih unik, rekod edaran dicatakan itu mampu dicapai waima berlaku aliran kejatuhan jualan ketara kesemua akhbar bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia ekoran persaingan sengit media berita atas talian.

Setakat ini harian berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh masih kekal sebagai akhbar terlaris di Malaysia iaitu kira-kira 294,476 naskhah sementara The Star dengan 201,943 naskhah muncul akhbar berbahasa Inggeris yang popular.

Trend kejatuhan edaran akhbar tempatan juga seiring senario peralihan minat pembaca beralih kepada platform digital yang dikatakan lebih pantas dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kosmo!Kumpulan UtusanMingguan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd