• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kor Ming, Kuan Yau Dibidas Biadab Kutuk Melayu

oleh
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIADAB… Tindakan Nga Kor Ming dan Hee Kuan Yau menggunakan kata kesat dan merendahkan orang Melayu serta Islam dalam ceramah mereka disifatkan sebagai keterlaluan dan kurang ajar.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, tindakan Pengerusi DAP Perak dan bekas Ketua DAP Bahagian Teluk Intan itu sememangnya sudah dijangka kerana mereka sentiasa menanti peluang untuk menyerang orang Melayu.

Justeru, pemimpin PAS tersebut menyeru supaya umat Islam di negara ini segera berhenti daripada bertelagah atau menentang sesama mereka sehingga akhirnya menampakkan kelemahan sendiri dijadikan bahan hinaan oleh DAP.

“Pertama saya lihat keberanian dan keceluparan pemimpin DAP merendah-rendahkan orang Melayu memang tidak bolehlah. Tetapi, kita juga perlu ingat kenapa orang (DAP) berani memburukkan kita (umat Islam) secara terbuka.

“Bagi saya ini turut disebabkan kesalahan antara kita juga yang tidak menyokong sesuatu perkara besar melibatkan kebaikan Islam. Sebagai contoh, kita ajak orang Islam sendiri kepada Islam seperti isu RUU355.

“Tetapi terdapat dalam kalangan kita (orang Islam) tidak setuju dengan itu (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016) yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun lalu.

“Apabila orang Islam sendiri menentang Islam dan mereka (DAP) lihat secara tidak langsungnya dia semakin berani untuk menyerang balik orang Islam,” kata Hashim ketika ditemui media di Arau, Perlis semalam.

Beliau yang juga calon PAS di kerusi Parlimen Arau mengulas demikian ketika ditanya mengenai sikap biadab Kor Ming dan Kuan Yau dalam ceramah mereka yang sering dicemari kata-kata kesat dan menghina kaum lain.

Dalam pada kegagalan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengawal dan mengambil tindakan tegas terhadap Kor Ming dan Kuan Yau menunjukkan seolah-olah beliau sendiri merestui perbuatan dua pemimpin terbabit.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, di Pulau Pinang, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, sikap berdiam diri pemimpin supremo DAP itu sehingga kini turut menimbulkan pelbagai kemusykilan.

Kata beliau, perbuatan jelik Kor Ming dan Kuan Yau boleh dianggap sebagai hasil produk DAP sendiri untuk memecah belah perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama hidup harmoni di negara ini.

“Mustahil Kit Siang akan mengambil tindakan terhadap mereka kerana kedua-duanya merupakan kesayangan beliau. Jika tidak diambil tindakan bermakna Kit Siang merestui perbuatan mereka. Ini sudah jelas dan ­nyata.

“Bayangkan jika perkara ini dilakukan oleh ahli Barisan Nasional (BN), habis satu Malaysia beliau akan kritik supaya diambil tindakan tetapi apabila melibatkan ‘geng dia’, Kit Siang hanya diam seribu bahasa,” katanya.

Antara kata-kata hina Kor Ming apabila me­nyentuh warna kulit gelap Menteri Besar Pe­rak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir manakala Kuan Yau mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penipu agama.

Dalam pada itu, bekas Naib Pengerusi DAP Ladang Paroi, Seremban, David Dass pula berasa pelik dengan tindakan Kit Siang membenarkan bekas pemimpin kanan yang juga dikenali ‘Superman Hew’ untuk berceramah.

Kata beliau, Kuan Yau sepatutnya dihalang terus daripada memberi sebarang ceramah dalam mana-mana majlis DAP sekiranya benar parti itu tidak berunsur perkauman seperti yang didakwa.

“Jadi, soalan saya, adakah perletakan jawatan Kuan Yau itu satu gimik politik?” soalnya mempertikaikan Kuan Yau yang pernah dikecam pelbagai pihak kerana keceluparan mulutnya sendiri.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai di Selangor, Jenice Lee pula menyifatkan sikap Kor Ming dan Kuan Yau sebagai tidak mempunyai perwatakan yang baik dan berbudi bahasa.

“Meskipun ia merupakan isu dalaman parti (DAP), namun kita tidak menyokong mana-mana pemimpin untuk bebas menggunakan bahasa kasar. Ia tidak sopan langsung,” ujarnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: DAPHew Kuan YauNga Kor Ming
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

PRN Sabah: Guna Logo Sendiri, DAP Belum Buat Keputusan

27/10/2025
0

KOTA KINABALU: DAP Sabah masih belum memuktamadkan lagi sama ada parti itu akan menggunakan logo sendiri atau sebaliknya untuk bertanding...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd