• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koc Khas KTM Perkasa Wanita

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemudahan khas bagi golongan wanita dalam perkhidmatan pengangkutan awam seperti Koc Wanita Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilihat sebagai usaha murni dalam memartabatkan golongan itu.

Pekerja swasta, Iman Zafirah Zabidi, 24, berkata penyediaan koc khas itu meningkatkan tahap keselamatan penumpang.

“Kemudahan ini amat bagus, ia memberi lebih keselesaan dan keselamatan bagi penumpang wanita. Tanpa koc khas, kami terpaksa berhimpit dengan lelaki dan warga asing, terutama ketika waktu puncak.

“Penyediaan ruang khas ini wajar diperluaskan di semua perkhidmatan pengangkutan awam lain seperti bas,” katanya kepada Bernama.

Pelajar Siti Mariam Mohd Nizar, 24, pula berkata kemudahan itu ibarat satu penghormatan kepada golongan wanita kerana ia tidak meminggirkan keperluan mereka.

“Usaha sebegini menunjukkan bahawa keperluan wanita dalam kehidupan seharian tidak dipinggirkan, sebaliknya diperhebatkan.

“Dengan wujudnya kemudahan seperti ini dan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV), penumpang wanita berasa amat selamat,” katanya.

Manifesto ‘Ratu Hati Negaraku’ Barisan Nasional (BN) bagi memperkasa potensi golongan wanita, menerusi teras Suri Rumah turut menawarkan pas pengangkutan awam Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi kemudahan pelajar, belia bekerja, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Teras Wanita Selamat pula menggariskan tawaran tambahan CCTV berdefinisi tinggi (CCTV HD) di kawasan kerap berlaku jenayah dan pewartaan Akta Gangguan Seksual untuk meningkatkan keselamatan dan perlindungan bagi wanita. – BERNAMA

Tags: KTMWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd