• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Bakal Perluas Pembayaran Dalam Talian

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperluaskan penggunaan pembayaran dalam talian, e-pembayaran, di 957 Klinik Kesihatan seluruh negara untuk memudahkan transaksi pembayaran.

Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata program itu akan dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 12 klinik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 45 klinik di Selangor bermula bulan ini.

“Pada masa ini, bayaran bagi perkhidmatan kesihatan yang diberikan di Klinik Kesihatan boleh dibuat secara tunai sahaja di kaunter-kaunter pendaftaran.

“Bagaimanapun, selaras dengan seruan kerajaan agar Malaysia menjadi sebuah negara ‘masyakat tanpa tunai’ mulai 2050, kementerian telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan kaedah bayaran bil secara e-pembayaran (dalam talian) di klinik-klinik kesihatan,” katanya ketika merasmikan pelaksanaan program itu di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Program yang dilaksanakan dengan kerjasama RHB Islamic Bank Bhd itu turut dihadiri Pengarah Urusannya, Datuk Adisadikin Ali.

Chen berkata kaedah pembayaran secara dalam talian telah disediakan di 115 hospital, satu Pejabat Kesihatan Daerah dan empat institusi kesihatan terpilih di seluruh negara.

Katanya, bagi tempoh Januari sehingga Mac tahun ini, sebanyak RM3.14 juta kutipan telah dicatatkan melalui bayaran dalam talian menerusi 4,550 transaksi di semua institusi tersebut. – BERNAMA

Tags: KKM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd