Tuesday, April 30, 2024

Creating liberating content

Sidang Parlimen Pada September...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak menetapkan tarikh persidangan...

Mandat Untuk Hebatkan Malaysia,...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hari...

PTPTN Bukti Kesilapan Dasar...

BARU-BARU ini Tun Dr. Mahathir selamba hina peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...

2 Lelaki Geng Curi...

NIBONG TEBAL - Dua lelaki yang merupakan anggota geng curi kenderaan berjaya ditahan...

“Kita Tak Ada Peguam Negara Buat Masa Sekarang”

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata hari ini buat masa sekarang negara “tidak mempunyai Peguam Negara”, dan beberapa nama kini sedang dipertimbangkan bagi mengisi jawatan itu.

Beliau berkata, kerajaan mengenakan sekatan tertentu ke atas sejumlah orang yang mungkin terbabit dalam dalam salah laku, atau membuat keputusan yang tidak betul di bawah pentadbiran terdahulu.

“Jadi buat masa ini kita tak ada peguam negara. Kita sedang menimbang beberapa nama tetapi kita perlu mengkaji kesesuaian calon-calon,” kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada wakil media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini.

Semalam Dr. Mahathir dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan akan menyiasat agensi tertentu serta peranan orang berkenaan seperti Peguam Negara dengan tujuan mencari mereka yang menunjukkan kecenderungan untuk melakukan rasuah atau mereka yang telah melakukan perbuatan rasuah. – BERNAMA

Kategori