Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Allah Makbul Doa Rakyat...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin bersyukur...

TERKINI: Serpihan Helikopter Hilang...

KUCHING - Serpihan bangkai helikopter yang hilang di Sarawak petang Khamis dijumpai di...

Betul Ke Abby Abadi...

PERKONGSIAN di laman Instagram Abby Abadi yang mengumumkan dirinya sudah meninggal dunia ternyata mengejutkan...

Banjir Mula Landa Kelantan

Jajahan Pasir Puteh menjadi lokasi pertama dilanda banjir di Kelantan akibat monsun timur...

Khai Bahar Nafi Beli ‘Viewers’ Di YouTube

PADA mulanya hanya dikenali di aplikasi nyanyian Smule, namun kini nama Khai Bahar dalam industri muzik tempatan menjadi sebutan ramai pihak terutama disebabkan bakat yang dimiliki.

Jadi tidak hairanlah sekiranya penyanyi bersuara lunak itu mempunyai peminat fanatik yang ramai. Ini boleh dilihat apabila Khai sudah beberapa kali merangkul trofi anugerah yang memerlukan undian dari peminat.

Malah, jumlah tontonan video-video Khai di YouTube mencecah jutaan tontonan menyebabkan terdapat segelintir pihak membuat dakwaan bahawa penyanyi lagu Bayang itu konon membeli jumlah viewers itu.

Menafikan perkara itu, Khai menegaskan jumlah penonton dan tanda suka (likes) yang diperolehnya di laman sosial tersebut adalah asli dan diraih tanpa memaksa mana-mana pihak.

“Saya tidak pernah membeli dan tidak tahu cara untuk membeli viewer di YouTube. Saya pun tak boleh nak percaya sama ada jumlah tontonan itu boleh dibeli atau tidak.

“Memang terkejut apabila isu ini timbul sebab mengikut fahaman saya, semakin tinggi jumlah tontonan di YouTube kita akan mendapat sejumlah wang,” katanya dipetik portal Astro Gempak.

Sumber Infografik – Harian Metro

Ujarnya, sekiranya jumlah tontonan di laman YouTube boleh dibeli, pastinya perkara itu boleh menguntungkan orang ramai kerana duit yang dilaburkan untuk membeli tontonan itu, akan diterima semula daripada YouTube.

Untuk makluman, jumlah tontonan yang tinggi daripada pengguna yang memuat naik kandungan video yang asli dan menarik akan menyaksikan mereka menerima imbuhan daripada YouTube.

Jadi, agak mustahil untuk sesiapa membeli jumlah tontonan di YouTube memandangkan sistem yang digunakan agak berbeza dengan media sosial lain.

Justeru, Khai juga berpendapat adalah lebih baik sekiranya jumlah tontonan sesebuah video itu hadir dari mereka dengan cara asli tanpa perlu menggunakan kaedah lain.


“Kalaulah boleh dibeli viewers memang untunglah. Beli jumlah tontonan banyak-banyak boleh dapat balik duit kita labur.

“Bagi saya, biarlah jumlah tontonan atau likes yang saya terima datang secara asli. 

“Saya nilaikan berdasarkan likes sebenarnya. Kalau jumlah tontonan tinggi tetapi meragukan tak guna juga,” jelasnya.

Selain itu, Khai juga berpesan kepada orang ramai untuk tidak membuat tuduhan liar kerana mereka yang menghasilkan video muziknya di YouTube itu telah berusaha dengan keras selama ini.

Khai berkata demikian ketika ditemui pada siri Jelajah GEGAR Pagi di Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu, baru-baru ini.

Mengulas mengenai jelajah itu, Khai mengakui gembira kerana dapat bertemu dengan peminatnya dari pantai timur yang sebelum ini tidak bersempatan melihat persembahannya di ibu kota.

Pada acara tersebut, Khai mendendangkan tiga lagu iaitu Bayang, Luluh dan juga single terbaharunya, Rahsia Kita di mana video muzik lagu itu telah menerima lebih dua juta tontonan di YouTube.

Selain Khai, siri jelajah tersebut turut dengan selebriti seperti seperti Hael husaini, Furhan Xpose Band dan juga para penyampai radio GEGAR. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori