• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keutamaan Projek Yang Beri Manfaat Kepada Negara

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berusaha melonggarkan dasar legasi yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, seperti mengurangkan berbilion ringgit untuk subsidi bahan api dan menghentikan penganjuran perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) yang berintensifkan kos setiap tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp., Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Menerusi artikel yang disiarkan dalam Asia Today, beliau berkata ia digantikan dengan rangkaian pengangkutan awam yang lebih menyeluruh bagi membawa kesalinghubungan yang lebih besar untuk penduduk yang berada di pedalaman dengan pusat bandar.

Menyentuh sentimen yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara itu beliau berkata projek infrastruktur tersebut akan menjadi pemangkin bagi pembangunan yang lebih besar untuk rakyat kerana pendapatan penduduk di kawasan pedalaman akan meningkat sejajar dengan pembangunan bandar dan seterusnya merapatkan jurang kemiskinan antara kawasan.

“Malaysia berpandangan jauh dalam menilai semula strategi bagi memastikan hanya projek infrastruktur yang melonjakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan serta memberi manfaat yang besar kepada rakyat yang akan disegerakan.

“Ini penting bagi mencapai matlamat negara dalam usaha menjadi negara maju dengan kualiti hidup rakyat yang tinggi,” katanya.

Menurut artikel itu, Shahril menegaskan kerajaan Malaysia sedar bahawa sesebuah negara itu tidak akan maju dan berkembang jika infrastrukturnya gagal dibangunkan.

“Pelaksanaan projek prasarana utama dilihat sebagai kunci untuk menaik taraf ekonomi rakyat, terutama yang tinggal di luar bandar,” katanya.

Contohnya, beliau berkata pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dengan kos RM27 bilion merangkumi Sabah dan Sarawak sepanjang lebih 2,000km dijadual siap pada 2022.

“Projek pembinaan yang sedang berjalan ini telah menghasilkan 400,000 peluang pekerjaan di kedua-dua negeri,” kata Shahril dan menambah ia akan mempercepat pertumbuhan ekonomi termasuk meningkatkan sektor pelancongan dan menyediakan kemudahan barangan serta perkhidmatan ke lokasi yang sukar dilalui sebelum ini.

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang dicadangkan menghubungkan Malaysia dan Singapura, katanya akan mengurangkan tempoh perjalanan, kepada 90 minit sahaja.

Shahril berkata rangkaian rel Mass Rapit Transit juga akan akan menjadi tulang belakang perkhidmatan pengangkutan awam di Greater Kuala Lumpur.

“Perluasan rangkaian pengangkutan di Malaysia pasti akan menggandakan pertumbuhan ekonomi. Dalam jangka pendek, kerja-kerja pembinaan…akan menyediakan peluang pekerjaan.

“Untuk jangka masa panjang pula, pembangunan perbandaran dan pusat komersial baharu di sepanjang kawasan laluan akan mendorong pelbagai aktiviti ekonomi,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: MRTprojek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

11/09/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum dapat...

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd