• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua PPBM Temerloh, AJK Umum Keluar Parti

oleh Ahmad Albab
07/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Ketua PPBM Bahagian Temerloh, Amerus Che Onn serta Ketua Pemuda Bahagian itu Sharipul Fairuz Mohd Sharip mengumumkan keluar parti dan akan memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Amerus berkata mereka mengambil keputusan itu kerana kesal dengan pucuk pimpinan Pakatan Harapan yang tidak berhasrat membantu rakyat sebaliknya menjadikan PRU14 ini sebagai medium untuk membalas dendam terhadap kepimpinan kerajaan BN yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Di Temerloh kami mempunyai lebih 400 ahli dan hari ini saya bersama ketua pemuda dan beberapa anggota jawatankuasa mengumumkan keluar daripada PPBM.

“Serentak dengan itu kami akan memberikan sokongan kepada BN terutama kepada Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin di Parlimen Temerloh untuk memenangi pilihan raya ini,” katanya semasa mengumumkan perkara itu di Bilik Gerakan BN Kampung Bachap malam semalam.

Beliau turut mendakwa kira-kira 60 peratus anggota PPBM Bahagian itu akan bertindak keluar parti dengan kebanyakannya di kawasan Dewan Undangan Negeri Lanchang.

Sharipul Fairuz yang turut hadir berkata beliau akan membantu BN mengekalkan kuasa dan kemenangan di Temerloh. – BERNAMA

Tags: PPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd