• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keropok Lekor ‘Gasi’ Bazar Ramadan Batu Buruk

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Lazimya keropok lekor yang dijual di negeri ini adalah seberat 100 gram dan berharga RM1 sebatang namun, Bazar Ramadan Batu Buruk di sini menampilkan kelainan apabila menjual keropok lekor gergasi.

Ini bagi membolehkan pengunjung, yang merasakan keropok lekor saiz biasa itu tidak mencukupi buat mereka, membeli keropok lekor gergasi yang seberat 600 gram sebatang.

Malah, peniaga Ahmad Bukhori Ayob turut menjual keropok lekor yang seberat 1.2 kilogram (kg) sebatang.

Beliau berkata tiga saiz keropok lekor itu memberikan kelainan dan pilihan kepada peminat keropok lekor mengikut selera masing-masing.

“Paling banyak saya sediakan tentulah keropok lekor seberat 100 gram (RM1), keropok lekor ‘gasi’ (gergasi) seberat 600 gram dijual pada harga RM5 dan yang paling mendapat perhatian ramai tentulah keropok lekor ‘ayoh gasi’ seberat 1.2 kg yang dijual RM10,” katanya yang turut mempunyai sebuah gerai keropok lekor di Losong.

Beliau menjangkakan permintaan terhadap keropok lekor ‘gasi’ akan terus bertambah pada minggu ketiga dan keempat Ramadan ini.

Ahmad Bukhori berkata setiap hari, beliau dan lima pekerja di gerai Losong akan memproses 100 kilogram ikan tamban dan ikan selayang serta 120 kg tepung sagu untuk menyediakan makanan tradisional kegemaran rakyat Terengganu itu.

“Sebagai peniaga, kita memang perlu sentiasa kreatif dan mencipta inovasi baharu untuk kekal berdaya saing di pasaran dan saya bersyukur kerana idea unik saya ini mula mendapat tempat di hati pembeli.

“Ada juga pelanggan yang tidak berpeluang ke Bazar Ramadan ini dan meminta kami membuat penghantaran ke rumah atau pejabat mereka…kami akan menghantarnya di sekitar pusat bandar ini kerana faham dengan kekangan masa mereka,” katanya yang dibantu dua pekerja di gerai itu.

Beliau berkata keropok lekor ‘gas’ turut popular di Kuala Lumpur dan banyak dijual di beberapa pasar malam di ibu negara.

Tinjauan Bernama mendapati kebanyakan pengunjung Bazar Ramadan Batu Buruk teruja melihat keropok gergasi itu dan rata-rata mengakui tidak pernah menemui keropok lekor sebesar dan seberat itu di tempat lain setakat ini.

Sementara itu, Ahmad Muzammir Hamid, 35, berkata beliau suka membeli keropok lekor gasi itu kerana ia disukai oleh anak-anaknya yang teruja dengan saiznya yang lebih besar berbanding yang dijual di tempat lain.

“Lagipun memang lebih jimat apabila membeli keropok lekor gasi ini, cara menikmatinya juga lebih seronok apabila dapat dipotong mengikut kehendak masing-masing,” katanya.

Warga emas, Maimun Abdillah, 64, pula berkata beliau terkejut semasa melihat keropok lekor gasi itu pada kali pertama kerana menyangkakan ia adalah ketulan keropok yang ingin diproses menjadi keropok keping sahaja.

“Bila ditanya kepada peniaga, baru tahu ini ciptaan baharu sebagai kelainan untuk pembeli menikmati makanan tradisi Terengganu. Sejak itu, tok beli tiga atau empat kali seminggu kerana cucu sangat suka makan keropok lekor gasi ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: keropok lekor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PDRM Nafi Tarik Semua Pegawai Keselamatan Najib

Next Post

Piala Dunia FIFA 2018 Disiar Secara Langsung Di RTM

Related Posts

Nasi Dagang & Keropok Lekor Diterbangkan Ke London

29/11/2017
0

NASI DAGANG DAN KEROPOK LEKOR TERENGGANU DITERBANGKAN KE LONDON ESOK KUALA TERENGGANU - Sebanyak 5,000 pek nasi dagang dan 5,000...

Keropok Lekor Tok Beng Sasar Jualan RM3 Juta Setahun

20/11/2014
0

KUALA TERENGGANU- Berkat Nazri Nazir Enterprise, pengeluar keropok lekor terkenal di Bukit Tok Beng di sini, menyasarkan jualan tahunan RM3...

Next Post

Piala Dunia FIFA 2018 Disiar Secara Langsung Di RTM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd