• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nasi Dagang & Keropok Lekor Diterbangkan Ke London

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NASI DAGANG DAN KEROPOK LEKOR TERENGGANU DITERBANGKAN KE LONDON ESOK
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 5,000 pek nasi dagang dan 5,000 pek keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen Terengganu akan dihantar ke London mulai esok melalui penerbangan tanpa henti MASkargo.

Pengurus Besar T-Kitchen Terengganu, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata penghantaran pertama itu bakal melakar sejarah sebagai makanan tradisi Terengganu pertama yang diedar dan dipasarkan oleh Chicken Cottage di beberapa pasaraya sejuk beku makanan Asia di sekitar London.

“Chicken Cottage yang juga syarikat milik kerajaan negeri juga akan memperkenalkan menu baharu berasaskan nasi dagang dan keropok lekor di rangkaian kedai makanan segera mereka di London.

“Penyediaan yang amat mudah dan ringkas menjadi faktor tarikan kepada penggemar makanan segera di London untuk menikmati dua menu tradisional Terengganu ini.

“Hanya masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit dan ianya sedia untuk dimakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zulkarnain berkata penghantaran pertama ke London itu bakal menjadi titik tolak untuk meneroka pasaran baharu seperti Dubai, Makkah dan Madinah.

“Kerajaan negeri telah menjalankan kaji selidik produk dan mendapati terdapat permintaan yang memberangsangkan terhadap makanan sejuk beku di pasaran United Kingdom, Eropah dan di Asia Barat terutama nasi dagang dan keropok lekor yang menawarkan keunikan dan kelainan rasa.

Saya yakin keunikan pembungkusan produk sejuk beku ini juga akan membantu menonjolkan imej negeri bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi malah sebagai negeri yang terkenal dengan kepelbagaian makanan yang lazat dan unik,” katanya. – BERNAMA

KAK MK

Tags: keropok lekornasi dagang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keropok Lekor ‘Gasi’ Bazar Ramadan Batu Buruk

31/05/2018
0

KUALA TERENGGANU – Lazimya keropok lekor yang dijual di negeri ini adalah seberat 100 gram dan berharga RM1 sebatang namun,...

Nasi Dagang Terengganu Tembusi Pasaran Australia

13/05/2017
0

MELBOURNE - Nasi dagang sejuk beku keluaran T-Kitchen, sebuah anak syarikat Menteri Besar Terengganu Incorporated bakal dipasarkan di seluruh Australia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd