• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tidak Akan Beli Balik Proton

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu tidak akan membeli balik Proton Holdings Bhd. kerana ia kini menjadi milik hartawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet hari ini.

Syed Mokhtar memegang 55.92 pegangan tidak langsung dalam DRB-Hicom Bhd. menerusi syarikat persendiriannya, Etika Strategi Sdn. Bhd., yang mana beliau memiliki 90 peratus kepentingan ekuiti.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, adalah kereta nasional pertama negara dan merupakan idea Dr. Mahathir semasa tempoh pentadbirannya selama 22 tahun.

Bagaimanapun, Proton mengalami kerugian sejak beberapa tahun ini dan membawa kepada penjualan 49.9 peratus pegangan dalam syarikat itu kepada Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd. dari China dengan harga RM460.3 juta pada Jun tahun lepas.

Sebelum Pilihan Umum Ke-14 pada 9 Mei, dilaporkan bahawa Pakatan Harapan, yang dipimpin oleh Dr. Mahathir, mungkin mempunyai rancangan untuk menubuhkan satu lagi syarikat kereta nasional sekiranya gabungan parti itu memenangi pilihan raya.

Ini susulan peluang yang amat besar bagi pengeluar kereta, yang juga akan membawa kesan sampingan kepada syarikat alat-alat ganti kereta.

Jualan keseluruhan industri berjumlah 514,679 unit pada 2017, di mana daripada jumlah itu jualan Proton adalah sebanyak 70,991 unit.

Semasa era kegemilangannya, Proton menguasai jualan kereta tempatan dengan hampir 80 peratus kereta penumpang baharu terjual. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd