• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan N.Sembilan Akan Tubuh Kumpulan Pemikir

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan menubuhkan kumpulan pemikir yang dikenali sebagai Institut Darul Khusus (IDK) untuk mengenalpasti permasalahan rakyat di negeri ini dan mengatasinya, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata institut ini akan dianggotai oleh mereka yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan penubuhannya sedang dirancang.

“Kita nak lihat apa yang sebenarnya berlaku di Negeri Sembilan ini yang mana akan dapat mengenalpasti punca utama yang dihadapi oleh rakyat yang harus kita tunaikan dahulu. Ini penting supaya kita dapat respon kepada rakyat segera. Kita tidak hendak dapat maklumat lewat sehingga menggagalkan pentadbiran negeri.

“Pentingnya IDK ini ialah untuk memastikan kita dapat mengenalpasti permasalahan rakyat dan bagaimana cara untuk kita mengatasinya. Tugas institut ini ialah untuk mengenal pasti jalan penyelesaian dan kita juga nak lihat bagaimana rakyat respon kepada setiap aktiviti yang kerajaan negeri lakukan,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan pentadbiran kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Turut hadirSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mat Ali Hassan.

Katanya ini melihat kepada kejayaan seperti di Selangor yang ada Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pulau Pinang yang ada Penang Institute yang berperanan membuat kajian sampai ke akar umbi mengenai apa sebenarnya yang rakyat perlukan.

Katanya institut ini diakui keberkesanannya seperti di Pulau Pinang dan Selangor di mana bagaimana kerajaan negeri terbabit mengatasi masalah rakyat terus kepada rakyat.

“Jadi, ini yang kita hendak buat…mengenalpasti apa sebenarnya keperluan rakyat dan apabila kita tahu, baharulah kita akan buat dengan satu program yang memberi kesan cukup besar kepada rakyat.

“Apabila kita mampu buat ini, ia akan sampai betul-betul ke akar umbi. Kita tidak hendak seperti dahulu di mana banyak dasar yang baik tetapi daripada segi implimentasinya setakat di pentadbiaran dan tidak sampai di bawah. Kita tidak hendaklah lagi buat program syok sendiri, sebaliknya kita kena buat program mengikut kehendak rakyat,” katanya.

Sementara itu, katanya kerajaan negeri akan memberi peruntukan kepada semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang mulai tahun depan.

“Peruntukan untuk tahun ini sudah habis (tidak ada)…mungkin akan kita berikan pada tahun depan. Kita akan bincangkan dan tentukan jumlah peruntukan yang akan diberikan kepada ADUN pembangkang ini. Tanpa peruntukan adalah amat sukar bagi mereka menjalankan kewajipan masing-masing. Mereka telah dipilih sebagai ADUN dan sedikit sebanyak saya akan berikan peruntukan ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau berkata semua lantikan politik anggota majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini akan diberi notis hujung bulan ini untuk penamatan perkhidmatan mereka.

Katanya mereka diberi tempoh sebulan (Jun) untuk penamatan perkhidmatan mulai Julai ini mengikut peraturan yang ditetapkan. – BERNAMA

Tags: Aminuddin HarunNegeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd