Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kerajaan baharu negara akan terus mempertahankan dan menegakkan Perlembagaan negara selain menjamin hak serta kebebasan semua kaum.

Dalam perutusan Hari Wesak 2018, beliau memberi jaminan bahawa hak semua kaum, majoriti dan minoriti adalah terpelihara dan terlindung di bawah Perlembagaan serta undang-undang negara.

“Penduduk Malaysia yang berlainan keturunan, bahasa, agama dan budaya sudah terima amalan menyambut apa-apa sahaja acara keagamaan bersama-sama. Ini adalah satu keistimewaan Malaysia.

“Ia sebenarnya satu manifestasi kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia. Dan kebebasan ini bukan sahaja terhad kepada amalan agama, tetapi juga terhadap bahasa, adat resam dan budaya,” kata beliau.

Namun, Dr. Mahathir menjelaskan kebebasan yang dinikmati itu haruslah dipelihara serta dipertahankan dengan penuh tanggungjawab agar ia tidak dicemari dengan tindakan keterlaluan yang boleh mengganggu-gugat keharmonian serta ketenteraman perhubungan antara kaum.

Perdana Menteri berkata rakyat bukan sahaja harus mengamalkan sikap toleransi yang tinggi, tetapi juga perlu menerima perbezaan antara kaum.

Mengenai sambutan Hari Wesak, Dr. Mahathir berkata walaupun ia bagi memperingati pengasas agama Buddha, Gautama Buddha, tetapi pengajaran yang paling utama ialah gesaan terhadap melakukan kebaikan sesama insan.

“Semoga dengan segala usaha kita, negara kita akan kembali menjadi negara yang maju dan makmur,” kata beliau.

Dr. Mahathir dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua penganut Buddha di negara ini. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...