• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Mokhzani Tentang Penerima BR1M Angkuh

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERLUN – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz berkata kenyataan Tan Sri Mokhzani Mahathir tentang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jelas menunjukkan sifat angkuhnya.

Beliau berkata bantuan tersebut yang diperkenalkan pada 2012, merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 melalui pemberian wang tunai secara langsung dan pertama kali dibuat dalam sejarah negara.

“Kita (pemimpin kerajaan) sedar dalam kalangan masyarakat (negara) kita ada tiga segmen iaitu B40 (isi rumah berpendapatan rendah), M40 (isi rumah berpendapatan sederhana), dan T20 (isi rumah berpendapatan agak tinggi).

“Dan kita sedang menangani secara khusus dan bersasar (membantu) kumpulan B40 dan salah satu perkara paling berkesan sehingga kini ialah BR1M. Pada mereka yang berkemampuan, RM1,200 apa hal, tapi bagi orang perpendapatan rendah ia amat bermakna,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Mokhzani, yang disenaraikan antara orang terkaya di Malaysia merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, dalam ceramahnya di pentas pembangkang di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah, Khamis lalu berkata meskipun kerajaan gembira kerana mampu membantu rakyat menerusi BR1M, rakyat sebenarnya lupa bantuan itu menunjukkan mereka tidak mampu menyara kehidupan sendiri.

Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapatan bulanan bawah RM3,860 manakala M40 adalah kumpulan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,860 hingga RM8,319 manakala T20 kumpulan isi rumah berpendapatan RM8,300 ke atas. – BERNAMA

Tags: BR1M
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia Lagi Sekali

15/12/2020
0

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa Najib dahulu amat pentingkan kebajikan rakyat…. Cuma...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd